Monday, June 4, 2012

Juri Awam, Juri Masyarakat, Juri kehidupan






Realiti masyarakat sekarang, lebih suka mengkritik daripada menasihati. Tak perlu carik dalam buku, tak perlu pergi ke realiti show semata-mata untuk mencari juri. Hanya duduk, taip account facebook, then online. Then anda akan nampak bermacam-macam post...ada post dakwah, post apa yang dia buat, post apa yang berlaku hari ni.. Facebook nampak macam dah jadi diari bagi sesetengah orang. (takpe la...itu hak masing-masing....tapi kena ingat jugak apa yang kita tulis, apa yang kita siarkan apa yang kita cakap akan ALLAH soal di akhirat kelak).

Cuma aku kurang suka segelintir masyarakat kita yang suka mengkritik. Kritik tak salah, tapi perlu disertakan dengan nasihat. Fitrah manusia inginkan kesempurnaan tapi, manusia tidak pernah sempurna.

Kadang-kadang, kalau seseorang tu tersilap, dengan serta- merta mereka yang berasakan diri sangat "berilmu" terus condem dia nih. 

Sebagai contoh, andaikata ada sorang hamba ALLAH ni meng'upload' gambar yang  tersasar dari jalan yang lurus (tak taw camne nak pendekkan ayat nih), then dengan serta merta gambar itu tersebar....then, ada la segelintir masyarakat nih mencaci, memaki, melaknat hamba ALLAH nih.

"Celakalah budak ni"
"Anak siapa la macam nih"
"Kalau aku jumpa dia nih, aku bunuh dia"
"Memang tak cium bau syurga la dia nih"


Siapa kita untuk me"neraka"kan dia?...Kita bukan ALLAH, kita bukan maksum macam Rasullullah....kita hanya manusia yang juga tidak terlepas daripada melakukan dosa. Jadi, apa hak kita untuk me'neraka'kan mereka??

Kenapa tiada yang menasihatinya? Atau mendoakan agar ALLAH kurniakan hidayah kepada dia instead of mengkritik or me"neraka'kan or men"durjana"kan orang tu???

Kita lupa kalau ALLAH bagi hidayah kat dia, ALLAH kata "Kun fayakun", dengan serta merta dia akan berubah. Entah-entah, dia yang kita caci, kita hina, kita maki sebab tak tutup aurat, sekarang tutup aurat dengan sempurna. Entah-entah dia yang dulunya berzina, kini telah bertaubat dan beribadah dengan ikhlas kepada ALLAH. Entah-entah, dia yang kita katakan jahil ilmu agama, kini sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya kerana ALLAH. 

Tapi kita yang mencaci ni??? Kita akan tetap rasa yang kita tidak pernah bersalah. Kerana yang melakukan kesalahan tu dia, bukan kita...kan? Dan kita rasakan hanya kita yang betul tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap orang yang kita caci, kita maki tu...kita lupa dosa kita mencaci, menghina mereka. Sedarkah kita semua tu? Dan sesungguhnya sebagaimana dalam hadith, orang mukmin;


Dia memandang dosa yang dia lakukan dosa peribadinya itu bagai gunung yang ada di atas kepalanya yang sewaktu-waktu boleh menimpa dirinya dan membinasakannya. Adapun seorang munafik, menganggap dosa yang dilakukan itu bagai lalat yang hinggap di hidungnya yang boleh dia usir bila-bila sahaja.


Jadi yang manakah kita???







# Tulisan ku ini bukan bermakna aku terlalu sempurna..bukan juga untuk "condem" siapa-siapa...Mungkin hari ini aku menulis pesanan ini....mungkin suatu hari nanti, aku lupa siapa diriku dek kerana ghairah dengan dunia...jadi tulisan ku ini akan aku jadikan nasihat semula buat diriku tika aku lupa..




No comments: