Sunday, May 20, 2012

Epilog Rindu (Episod 3)






"Emmmmphhh....penat nyer" keluh Sarah.

               Jadual kelas yang sangat padat bermula dari 8 pagi hingga 7 petang membuatkannya terasa sesak. Tiada ruang untuk berehat. Dia terpaksa berkejar-kejar untuk solat, seterusnya untuk berjalan ke blok kuliah untuk kelas seterusnya. Keadaan cuaca yang panas terik memburukkan keadaan.

               Kini, masanya untuk dia berehat. Selesai mengerjakan solat maghrib, Sarah melabuhkan punggungnya di atas katil. Niat untuk baring seketika sementara menunggu Isyak. 

Tett....tett.....

Telefon Sarah berbunyi tatkala sms diterima.

Eh? Mesej dari Qayum.

"Assalamualaikum kakak. Kakak tengah buat ape? Sihat?" 
" Wa'alaikumussalam. Akak sihat. Qayum sihat? Mak, ayah, dengan Zura sihat?
" Kami semua sihat. Hurmmmm..akak, ayah buat hal lagi" 

          Mesej dari Qayum menyebabkan Sarah tersentak. Sebagai anak sulung, Sarah menjadi tempat mengadu adik-adiknya. Dari perkara yang kecil, sehinggalah perkara yang besar, pasti Sarah antara orang yang terawal mengetahuinya.

"Ayah buat ape lagi dik?"
"Ayah gaduh dengan mak. Mak larang ayah keluar malam lagi. Hampir tiap-tiap malam ayah keluar malam. Hari tu ayah keluar pukul 5 petang, balik pukul 4 pagi. Mak bising. Pastu, ayah tampar mak. Sekarang kami ade kat umah nenek. Mak merajuk dengan ayah. Tapi ayah tak datang pun amik kami." jelas Qayum.

Menitik air mata Sarah membaca mesej dari adiknya.

"Ya ALLAH, apakah kesudahan semua ini?" doa Sarah dalam hati.

"Takpe dik. Sabar yer. Ini dugaan untuk keluarga kita. Doa banyak-banyak. Semoga ALLAH beri hidayah kat ayah" nasihat Sarah. 

Walaupun nasihat ini ditujukan kepada adiknya, sebenarnya, ia juga sebagai peringatan kepada dirinya sendiri agar terus tabah.

"Sekarang mungkin boleh sabar lagi kak. Tapi, kalau Qayum dah tak tahan, Qayum nak keluar dari rumah ni. Qayum nak tinggal kat rumah Pak Su. Qayum tak sanggup tengok mak nangis tiap-tiap malam". 

Sarah tahu, adiknya benar-benar terluka. Ibunya mesti sedang berduka dengan tindakan ayah. Tapi dia harus menguatkan semangat mereka. Walau apa yang terjadi sekali pun, dia tetap Ayah.

"Jangan dik. Qayum kena berada di sisi mak. Siapa lagi nak bagi sokongan kepada mak kalau adik takda? Jangan buat mak nangis sebab kita dik." pesan Sarah.

Airmata terus mengalir di pipi Sarah. Setelah membalas beberapa mesej dari Qayum, akhirnya Qayum akur untuk tidak meninggalkan rumah mereka.

Penat letih badan Sarah terus hilang. Sebak mula merundung jiwanya. 

" Ya ALLAH, jika ini ujian yang Engkau berikan kepada keluarga ku, kuatkanlah hati kami untuk menghadapinya. Ya ALLAH, lembutkanlah hati ayah kami. Berikanlah hidayah kepadanya. Ampunilah dosa-dosa ayah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pengampun."

Sarah kembali bersujud kepada Tuhannya yang satu. Tuhan yang Maha Mendengar segala rintihannya. Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya. ALLAH.

"Aku kena kuat. Aku tak boleh lemah. Kalau aku lemah, siapa nak bagi semangat kat mak aku? Siapa nak jaga adik-adik aku? Aku kena kuat. ALLAH sayangkan kami, sebab tu ALLAH bagi dugaan nih. ALLAH takkan bagi dugaan kalau aku tak mampu nak hadapinya. Ini tandanya aku mampu untuk hadapi semua nih. Aku mampu mengubah semua ni. Ya. Aku mampu." pujuk hatinya lagi.

Sarah membuka dompetnya. Terdapat sekeping gambar pasport di saku kecil bahagian hadapan dompet itu. Sarah mengamati wajah insan di dalam gambar tersebut. Air mata bergenang lagi.

Ayah....


###############################


" Ayah kat mana ni?" tanya Sarah.

Hari ini hari Jumaat. Semua pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah. Seperti mana pelajar-pelajar yang lain tidak sabar untuk pulang ke rumah, begitu juga Sarah. Dia tak sabar-sabar untuk menceritakan pengalamannya di sekolah baru itu kepada ayahnya. Pengalamannya tinggal di asrama buat kali pertama.

Oleh kerana bosan menunggu kedatangan ayahnya, Sarah menelefon ayahnya menggunakan telefom awam yang disediakan berhampiran dengan pejabat Am sekolah.

"Ayah tengah on the way ni." kedengaran suara ayahnya di corong telefon.
"Lama lagi ker? Lapar la ayah." Soal Sarah dengan manja.
"Erm. Lama lagi kot. Sabar yer." jawab ayahnya.
" Ala ayah ni. Orang dah habis kelas lama dah. Ramai yang dah balik". Ngomel Sarah lagi. Walaupun dia anak sulung, tetapi, ayahnya tetap memanjakannya sama seperti adik-adiknya yang lain.

" Cuba pusing belakang" kata ayahnya lagi. Kedengaran suaranya lebih jelas daripada tadi.

              Sarah berpaling ke belakang dan ternyata, ayahnya sudah berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Sarah berasa sangat gembira lalu memeluk ayahnya erat. Sarah tak peduli dengan pelajar-pelajar yang lain. Yang penting, dia dah jumpa ayahnya. Segala kerinduan sepanjang seminggu berada di asrama terlepas sudah.

Macam-macam peristiwa yang menarik diceritakannya kepada si ayah sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Dari hari pertama orientasi, kelas, hinggalah cara hidup di asrama, kawan-kawan, semuanya diceritakan kepada ayahnya. Ayahnya hanya tersenyum mendengar cerita Sarah. 

"Sarah tak bosan ke tinggal kat asrama?" tanya ayahnya. Walaupun sedang fokus memandu, tapi dia tidak jemu melayan karenah anaknya itu.

"Takla bosan sangat sebab ada kawan. Tapi, takleh nak tengok tv la ayah. Radio pun takde" jawab Sarah.

" Mintak tolong Sarah bukak peti tu. Amik kotak dalam tu" kata ayah sambil menunjuk bahagian yang dimaksudkan.

Tanpa banyak soal, Sarah mengikut arahan ayahnya. Ternyata terdapat sebuah kotak walkman di dalam peti itu. 

" Ape ni ayah?" soal Sarah.
"Untuk Sarah. Nanti, takdela bosan sangat tinggal dalam asrama" jelas ayahnya sambil tersenyum.
" Waaa. Terima kasih ayah. Thank you so much"

           Sarah berasa sangat gembira. Dia membelek-belek walkman yang di maksudkan ayahnya. Berbentuk segi empat sama dan saiznya hanya sebesar tapak tangan. Berwarna hijau jenama Sony. Cantik. Puji Sarah dalam hati.





         Walaupun walkman itu tidak setanding Mp3 kawan-kawannya yang lain. Walaupun walkman itu hanya boleh digunakan untuk mendengar radio. Tapi Sarah berasa sangat gembira. Kerana ini hadiah daripada ayahnya yang tersayang.

Peristiwa itu berlaku 9 tahun yang lalu. Namun, peristiwa itu masih segar di ingatan Sarah. Dia masih ingat betapa mesranya ayah dengannya.

"Ayah, Sarah sayangggggggkan ayah" ucap Sarah dalam hati. Airmatanya mengalir lagi. Gambar pasport itu didakapnya erat.




No comments: