Thursday, March 29, 2012

Epilog Rindu (Episod 2)

       



        Matahari mula menyinarkan diri. Kicauan burung-burung memecahkan suasana hening pagi itu. Sebagai seorang pelajar, bangun awal pagi untuk bersiap ke kelas adalah rutin biasa. Begitu juga Sarah dan kawan-kawan serumahnya. Tiada kelainan dalam setiap rutin harian mereka. Bangun pagi, turun ke kelas, membuat tugasan hingga larut malam ialah suatu perkara yang biasa.

        Tapi bagi Sarah, hari ini tidak serupa dengan hari yang lain. Hari ini, hatinya masih sayu. Mengingatkan kisah semalam, semalam yang penuh dengan dosa. Semalam yang penuh dengan noda hitam. Semalam yang penuh penyesalan. Penyesalan itu masih berbaki dalam hatinya. Sekali lagi air matanya tumpah.

         " Sarah, cepat sikit. Lewat dah ni" jerit Ayu.
         " Kejap," Sarah menyeka airmatanya lalu segera turun ke tingkat bawah.
          
         Siti Rahayu ialah rakan serumah Sarah bersama dengan 4 lagi rakan mereka iaitu Haliza, Siti Mariam, Nurul Husnani dan Amira Lidyana. Mereka telah menyewa rumah tersebut sejak berada dari semester 3 lagi. Ini kerana mereka tidak mahu terikat dengan peraturan dan aktiviti sangat ketat dan padat. Bagi mereka, menyewa di rumah luar lebih bebas kerana mereka tidak perlu mengikuti apa-apa aktiviti yang dijalankan di kolej yang hanya berkonsepkan pengumpulan mata merit untuk terus menetap di kolej kediaman itu.

          " Aduh. Macam mana ni? Aku tak confident la aku boleh bentang hari ni. Kau macam tak tahu, Dr. Marzuki tu bukannya suka kita bentang dalam Bahasa Melayu. Bentang dalam Bahasa Melayu pun aku terkedek-kedek, inikan pulak nak bentang dalam bahasa Inggeris. Capik terus aku macam nih," luah Ayu. 

         " Kalau engkau capik, aku kengkang", sampuk Haliza sambil tergelak. Kata-kata Haliza disambut dengan gelak ketawa Ayu, Mariam dan Nani. 

         Suasana semakin riuh dengan gelak ketawa apabila Haliza menunjukkan demonstrasi jalan kengkangnya. Namun, gelagat rakan-rakannya langsung tidak menarik perhatian Sarah. Sarah hanya terdiam melayan perasaannya. Hanya sesekali tersenyum untuk mengelak daripada dikesan oleh rakannya. Sarah terkenangkan khidmat pesanan ringkas yang diterimanya daripada Luqman selepas solat subuh pagi tadi.

               " Assalamualaikum Sarah. Saya minta maaf atas kesilapan saya selama ini terhadap awak. Saya harap awak masih terus dapat bersama saya. Sarah, maaf sebab selalu memungkiri janji saya sebelum ini. Janji untuk terus menjaga kehormatan awak. Sarah, saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku terhadap kita. Insya'ALLAH kali ini saya akan tepati janji saya untuk menjaga awak. Saya berjanji akan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku."
             
         " Insya'ALLAH wak. Saya takkan tinggalkan awak. Yang penting, saya hanya mahu kita berubah. Cukuplah dengan apa yang pernah kita lakukan selama ini. ALLAH masih memberi peluang untuk kita berubah. ALLAH masih sayangkan kita. Mungkin lepas ini, peluang untuk kita tiada lagi. Kita berubah ye wak?" balas Sarah.
                  "Insya'ALLAH".

               Sarah menarik nafas panjang. Ya, dia akan berubah dia nekad. Hari ini akan menjadi permulaan untuk kisah hidupnya yang baru. Hari ini, Sarah akan menjadi Sarah yang baru. Niat untuk hidup yang baru. Niat hidup kerana ALLAH SWT.

                  " Eh Sarah, lambat nyer ko jalan. Cepat ler. Aku nak bentang jap lagi neyh" kata Ayu.
             " Iyer Cik Siti Rahayu ku sayang. Aku tengah imagine macam mana kalau ko jalan capik lepas bentang nanti", usik Sarah.

                "Ciss. Kurang asam punyer budak. Itu yang ko imagine yer? Tunggu la turn ko lak nanti," sepantas kilat Ayu mencubit lengan Sarah. Haliza dan rakan-rakan lain hanya ketawa melihat gelagat Ayu.

                Itulah mereka. Suasana tidak akan pernah sunyi apabila mereka bertemu. Pasti ada sahaja perkara yang  mencuit hati. Kerana itulah Sarah masih mampu tersenyum. Kerana itulah Sarah masih mampu untuk ceria meskipun dilanda masalah yang besar sekalipun. Meskipun, masalah itu sering menghimpit dirinya. Masalah yang sering membuatkan dia enggan untuk pulang ke kampung. Namun, tiada seorang pun yang tahu akan hal ini. Tiada siapa yang perlu tahu.

      

                                                            ##############





No comments: