Thursday, March 22, 2012

Epilog rindu (Episod 1)

        



       " Kita berubah" kata Sarah kepada Luqman . Tanpa disedari air mata telah mula bertakung di kolam matanya. Suatu penyesalan terasa berat di dada. Ya, Sarah sudah jemu. Jemu untuk melakukan kerja terkutuk itu lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa lalu. Kini Sarah ingin berubah. Berubah untuk menjadi seperti gadis-gadis sunti yang lain. Gadis yang sentiasa menjaga tutur kata, menjaga batas pergaulannya. Gadis yang menghiasi dirinya dengan sifat malu.


         " Maafkan saya." Luqman kelu seketika. Perasaan bersalah mula meresap dalam jiwanya tatkala melihat airmata Sarah. "Maafkan saya kerana mungkir janji. Saya tidak menjaga awak dengan baik."


          Setelah lama mereka terdiam, Luqman pun menghidupkan enjin kereta lalu menghantar Sarah pulang ke rumah. Hening menyelubungi suasana ketika itu, hanya kedengaran suara DJ radio yang mengutarakan permintaan-permintaan lagu dari para pendengar. Sarah memalingkan muka ke luar tingkap melayan perasaan, mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Sesekali terdengar esakan kecil daripadanya. "Ya ALLAH, ampunilah dosaku", rintih Sarah dalam hati.


           Sampai saja di rumah, Sarah terus ke bilik air untuk membersihkan badan. Terasa diri  ini sangat kotor kerana telah melakukan dosa-dosa selama ini. Selesai mandi, Sarah berwuduk sambil berdoa "Ya ALLAH, gugurkanlah dosa-dosaku seperti mengalirnya air wuduk dari celah-celah jariku. Ampunilah dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini". 
         

            Sarah menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam dengan kusyuk sekali. Kali ini dia benar-benar insaf. Kali ini dia benar-benar mahu berubah.


                         " Ya ALLAH. Malunya aku untuk berhadapan denganMu. Malunya aku untuk terus meminta keampunan daripadaMu sedangkan aku sering melakukan kesilapan yang sama. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku. Maafkan aku kerana terlalu lemah. Maafkan aku kerana tidak menjaga diriku, amanahMu. Ya ALLAH, selama ini aku leka dengan cinta nafsu dunia. Ampunilah aku ya ALLAH. Ampunilah aku kerana terlalu leka.
                            Ya ALLAH, janganlah Engkau menjauh dariku. Janganlah Engkau lupakan aku. Aku mahu berubah ya ALLAH. Bantulah aku. Lembutkan hatiku untukMu. Kurniakanlah aku hidayahMu Ya ALLAH. Ampunilah aku ya ALLAH..ampunilah aku ya ALLAH..ampunilah aku ya ALLAH" 


       Airmata mengalir deras di pipi Sarah. Kali ini dia nekad untuk berubah. Kali ini dia benar-benar rasa terhina. Oleh kerana terlalu letih, Sarah tertidur dalam sujudnya.







           

No comments: