Friday, September 14, 2012

Taman Permai Resident


"Lida, cepat lari!!" ujarku lantas menangkap tangan Lida.

Makhluk itu semakin menghampiri kami.

Aku dan Lida berlari ke arah semak di belakang rumah kami. Kami bersembunyi pada suatu sudut. Keadaan rumput yang tinggi ku harap dapat mengelirukan pandangan makhluk. Aku dan Lida cuba untuk memperlahankan nafas kami agar tidak dikesan oleh makhluk tersebut. Ia mula memperlahankan langkahnya. Sambil matanya melilau ke arah sekeliling. Mungkin sedang mencari jejak kami.

Mereka seperti manusia....Ya... MEREKA...maksudnya bukan hanya satu tapi ramai.... Mereka pernah menjadi jiran kami  30 minit yang lepas. Tapi kini mereka berubah menjadi makhluk yang amat menggerunkan. Entah mengapa mereka boleh bertukar setelah digigit oleh makhluk lain seperti mereka.

Hampir semua penduduk Taman Permai bertukar menjadi makhluk yang menggerunkan. Dan kini mereka sedang mencari manusia yang masih hidup. Syukur aku dan Lida sempat melarikan diri dari taman itu. Namun,  salah seorang daripada mereka menyedari kehadiran kami lantas cuba untuk mengejar kami. Kini, ia berada tidak jauh dari tempat persembunyian kami.

Aku melihat lelehan darah pada mulut Mr. Chan. Aku pasti, dia mungkin sudah mendapat mangsanya sebelum ini dan kini, dia masih dahagakan darah. Bau darah yang kuat memualkan Lida. Aku segera menekup mulut Lida agar tidak didengari Mr. Chan.

"Grrrrrrrrrhhhh"
Tidak semena-mena dia menerpa ke arah kami.

"Lida, lari Lida.. Selamatkan diri!!!" jeritku pada Lida.

Mr. Chan sempat menerkam kaki ku. Aku tersungkur.Mr. Chan mula menyeringai menunjukkan taringnya.

 "Ya ALLAH, selamatkan aku."

Aku berusaha untuk menendang muka Mr. Chan, namun masih tidak berjaya. Dalam pergelutan itu, tanganku sempat menggapai tunggul kayu yang berada di atas ku lantas ku hentak kepalanya dengan kayu tersebut. Walaupun darah mula mengalir, namun dia tetap ampuh. 

"ALLAHUAKBAR!!" laungku, Ku hentak berkali-kali hingga kepalanya berkecai

Mr. Chan tersungkur lemah. Aku pantas menarik kaki ku dan berlari mendapatkan Lida.

"Cepat Lida, dia di belakang!!!" ujarku pada Lida. Aku kasihan dengannya, muka nya pucat mungkin terlalu penat. Namun, kami terpaksa berlari kerana Mr. Chan telah bangkit semula.

Lida tiba-tiba terhenti. Matanya bulat memandang ke hadapan. Mukanya semakin pucat. Genggamannya semakin lemah. 

"Tu...."lalu  nengangkat jari telunjuknya. 
Aku mengalihkan pandangan ku ke arah yang ditunjukkan.

" Masya'ALLAH"

Beribu-ribu makhluk seperti Mr. Chan menuju ke arah kami dari segenap penjuru. Ku pejamkan mata dan menggenggam tangan Lida dengan kuat.

"Ya ALLAH...selamatkanlah kami"..

Suasana sunyi. Hanya kedengaran bunyi burung berkicauan. Sesekali bunyi motorsikal melalui rumah kami. Aku membukakan mata...

"Astaghfirullah...mimpi rupanya, ni gara-gara tengok cita Resident Evil la ni"





#peace yo..=)






No comments: