Sunday, May 20, 2012

Dia yang Bertudung Labuh

             




           Hari Sabtu ialah hari  cuti bagi aku, Mona dan Johan. Kebiasaannya, kami akan lepak di mall untuk mencari ketengan. Ya, tenang la sangat tengok gelagat orang ramai yang sedang asyik membeli-belah. Penat jalan-jalan sekitar mall, kami pun mengambil tempat duduk di restoran KFC di bahagian bawah mall tersebut.

" Weyh, ko group dengan sape presentation ekonomi nanti?" tanya Mona kepadaku.
" Dengan Adi, Hana dengan Hidayah," jawabku ringkas.
" Dengan Hana dengan Hidayah yang tudung labuh tu? " tanya Mona lagi.
 Nadanya seolah-olah terkejut dengan jawapan ku.
"Yer la. Kenape?" aku pelik.
" Hati-hati la yer," pesan Mona
"Kenape pulak?" aku bertambah pelik.
" Yer la. Diorang tu orang tudung labuh. Alim. Ko kene la jaga tingkah laku ko. Kang tak pasal-pasal kene tazkirah," jawab Mona dengan nada sindiran.

             Normal. Rata-rata kami agak gerun dengan geng tudung labuh. Bagi kami, mereka itu seperti sesuatu yang perlu dielakkan. Kalau tidak, habisla kena tazkirah oleh geng-geng yang berlagak perfect itu.

             Aku hanya berdiam diri. Ku lihat Johan sedang asyik memerhati seorang gadis yang berambut panjang melepasi bahu. Wajahnya pasti telah dibaluti dengan bahan-bahan make up yang menaikkan seri gadis itu. Berbaju kuning tanpa lengan dan skirt maroon paras lutut menyerlahkan lagi keputihan kulit gadis tersebut. Hampir ternganga mulut Johan melihat kemungilan gadis tersebut. Emph...lelaki.

             Aku mengalihkan pandangan ku ke arah sebuah meja di suatu sudut. Seorang gadis bertudung labuh sedang asyik membaca buku seorang diri. Mungkin sedang menunggu rakannya yang lain. Aku tertarik dengan pemakaiannya. Bertudung labuh berwarna coklat cerah dipadankan dengan jubah berwarna hitam. Wajahnya simple tanpa make up tapi kelihatan berseri-seri. Ayu nya. Aku terleka melihat gadis itu. Ku pandang gadis seksi itu sekilas, dan ku pandang gadis yang bertudung labuh itu. Jauh bezanya. 

"Weyh, ko nak ape? biar aku order," soal Mona.
" Bagi aku ayam 2 ketul dengan cheezy wedges," jawabku. Itu lah menu yang selalu ku pesan setiap kali kami makan di KFC.
" Ko pulak Johan?"
" Bagi aku snack plate jer la" jawab Johan. Masih leka memerhati gadis berbaju kuning itu.
"Ok" balas Mona lantas bangun untuk membeli makanan.

Tinggalah aku dengan Johan.

" Ape yang ko dok tengok tu?" soal ku.
" Perempuan tu," jawab Johan sambil memuncungkan bibirnya.
"Suke ler tu?" soal ku lagi.
" Uih. Mane ade. Orang dah tayang, aku tengok jer la," Johan tersenyum nakal.

            Aku hanya tersenyum. Ku labuhkan juga pandangkan ku kepada gadis yang dimaksudkan. Namun, mataku tetap tertarik kepada gadis bertudung labuh di meja sudut hampir dengan perempuan seksi itu. Ayu nya. Puji ku lagi. Ku lihat, tiada seorang lelaki pun yang tertarik untuk memerhatinya. Rata-rata lelaki yang ada di situ kebanyakannya memandang perempuan seksi berbaju kuning. Walaupun hanya sekilas.

###############


            Selesai makan-makan, kami bertiga merayau-rayau di sekitar mall. Pelbagai ragam manusia kami perhatikan. Ada remaja yang tanpa segan silu berpeluk-peluk dengan pasangan mereka. Ada yang sedang sibuk memilih baju.

"Rimas la aku tengok perempuan tu. Pakai tudung labuh, pakai jubah. Tak panas ker? Tak busuk ke badan? Lagipun, tak fesyen langsung," kata Mona.

Tidak pasti kata-kata itu ditujukan kepada siapa. Sama ada aku, ataupun Johan.

"Ko ni ape hal Mona? Biarla diorang nak pakai macam mane. Yang panas tu diorang, yang busuk nyer diorang. Bukan ko. Rilek sudah," balas Johan. Aku hanya diam mendengar perbualan mereka. 

Mataku asyik melihat gelang-gelang silver yang ditayangkan di kedai-kedai yang kami lalui. Tiba-tiba...

"Ooppss...sorie, maafkan saya," aku lihat orang yang aku langgar tadi sedang mengutip barangnya yang jatuh.
" Tak mengapa," jawab gadis itu sambil tersenyum.

Gadis bertudung labuh tadi. Aku terpana. Subhanallah. Cantiknya dia. Johan dengan Mona hanya terdiam. Kaget mungkin.

"Maafkan saya yer saudari," ujar gadis tersebut.
"Tak mengapa," jawabku ringkas. Gadis itu berlalu pergi, namun sedikit pun senyuman di bibirnya tidak pudar. Ikhlas.

"Nasib baik ko terlanggar budak bertudung labuh. Kalau la ko langgar budak biase-biase macam Mona nih, entah-entah dah berbakul-bakul ko kene maki," kata Johan. Selamba. 

Mona terdiam. Mungkin, masih terkejut. Aku hanya mampu tersenyum. 


Wahai gadis bertudung labuh, 
Rendahnya kamu di mata mereka kerana pakaianmu,
Tapi, tingginya kamu di mata ALLAH kerana pakaianmu,
Gerunnya mereka kerana pakaianmu,
Tapi, indahnya dirimu kerana pakaianmu,
Pakaianmu melindungi dirimu dari mata-mata lelaki,
Pakaianmu juga membuatkan kamu lebih dihormati,



Wahai gadis bertudung labuh,
Sesungguhnya dirimu adalah pejuang,
Walaupun bukan di medan perang,
Tapi kamu berjuang memelihara diri daripada fitnah dunia,

Wahai gadis bertudung labuh,
Kuatkanlah hati dikala dirimu dicemuh,
Kuatkanlah hati dikala kamu dipandang hina,
Walau pakaianmu tidak menepati citarasa mereka,
Namun,
di suatu sudut, masih ada yang ingin menjadi seperti kamu,
GADIS BERTUDUNG LABUH.



p/s:  i. Aku akui, dulu pun aku macam watak dalam cerita ni. Cuak dengan yang bertudung labuh. Kalau boleh, tak nak pun berkawan dengan yang bertudung labuh. Sebab nanti tak boleh buat itu la, ini la. Padahal, mereka sama seperti kita. Tapi, kini pandangan aku dengan yang bertudung labuh sangat berbeza. Mereka sangat cantik. Cantik kerana memelihara diri mereka. Adab mereka, aurat mereka. Cantik kerana mereka terpelihara. Tiada sebab untuk aku mengelak daripada berkawan dengan mereka. Kerana mereka membantu aku untuk memelihara diriku.

       ii. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Watak dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.




                   

4 comments:

Anonymous said...

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

Unknown said...

wat can i say instead of gud, best. it's awesome. kkeep writing dear.

kuaci bulat said...

tq dear...=)

liyana said...

hmm..same goes to me..actually sy pn pkir cmtu kt org tdg lbuh..
but not now..