Tuesday, April 23, 2013

Meh Tengok Keselamatan Produk Yang Korang Guna



        Fenomena produk kecantikan semakin menjadi-jadi sekarang ni kan? Kalau bukak fb jer, mesti ade jer iklan-ikaln produk untuk kurus, untuk putih gebu, tak kurang jugak untuk kesihatan. Siapa tak teruja bila memerhatikan gambar testimoni pengguna yang mula-mula gemuk, tapi sekarang slim macam model. Mula-mula muka penuh berjerawat, sekarang jadi flawless skin macam pau inti kacang merah (owh sedapnyer). Tak kurang jugak dulu yang gelap gulita, sekarang ni jadi putih melepak aihhh. Kalau mak pun, memang teruja kau nyah. Sapa tak maw cantik kan? Sedangkan jerawat timbul sebijik pun rasa cam nak pitam, apatah lagi kalau jerawat datang sekawan. 

     But, satu benda yang kita slalu lupa ialah memastikan keselamatan kandungan produk tersebut dan yang paling penting, disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

     Aku ni dulu, bukan nyer amik kisah sangat pun benda-benda nih, mak pakat bedal ja aih. Tengok harga murah jer amik. Orang lain pakai yang tu, kita nak pakai jugak. Tapi, thanks to my housemate Anna Chan sebab meng'alert'kan aku pasal benda-benda nih. Every product yang nak diguna, mesti buat research dulu..(terasa sangat berilmiah sejak jadi housemate Anna Chan ni..hik3)

      Alright.Melalui apa yang aku baca, antara bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan yang banyak terdapat dalam produk yang kita guna selama ini ialah:

  1. merkuri - boleh menyebabkan gangguan saraf, emosi & depresi
                       -biasanya terdapat di dalam krim pemutih kulit.

    2. hidroquinone- menyebabkan pengelupasan dan menghalang pembentukan melanin yang menyebabkan     
                             kulit menjadi gelap
                           - biasanya terdapat di dalam produk pemutih/pencerahan
     
    3. plumbum - neurotoksin (sejenis depresen kepada saraf), menyebabkan kanser.
                       - biasanya didapati di dalam gincu bibir.
                     
    4. formaldehyde- menyebabkan kanser & kerengsangan kulit pada bayi kulit sensitif
                            - biasa terdapat di dalam syampu bayi

    5. ftalat- risiko kepada tumbesaran and sistem pembiakan manusia
                - biasanya terdapat di dalam cecair penguat kuku, semburan rambut, losyen badan & pewangi

    6. paraben - menyebabkan kanser
                     - biasanya terkandung dalam deodorant, penanggal roma & gel pencukur

( Ini yang aku jumpa & ringkaskan. Nak tahu lebih lanjut, search sendiri la ea..hehehe) 



Itu dari segi kandungan bahan-bahan kimia dalam produk kita. Sekarang, dah macam-macam jenama produk kecantikan yang naik. Perasan tak??...perasan tak??..

Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak, boleh caya ker produk ni? Disahkan ker?? 

Jadi untuk menguraikan segala pertanyaan itu, kita boleh cek pengesahan produk tersebut siap dengan no kod pendaftaran lagi dekat  sini National Pharmaceutical Control Bureau

 Dia akan tunjuk


Klik Quest2 tu untuk carian produk selain daripada produk kecantikan manakala Quest 3 untuk carian produk kecantikan.

Aku nak cek satu produk kecantikan ni. So, aku pun klik Quest 3. Then dia akan naik macam ni...



Then, klik search


Eh...ada rekod means telah didaftarkan. Korang pun bleh cek kandungan produk tersbut dengan meng'klik' Mal No produk tu (ala..yang kaler biru tu). Dia akan naik macam kat bawah ni



Yeayyyy...ada..ternyata produk Biophyto Ginger Capsule ini hanya mengandungi bahan-bahan semulajadi..=)


So, amacam?? ada beran?? Kome cuba la cek produk yang kome pakai sekarang ni. Kalau mengandungi bahan merbahaya dan tidak didaftarkan, elakkan la guna yer..=)

Jom jadi pengguna yang bijak..=)







# terpromote la pulak produk ni...so, sapa-sapa yang nak, boleh pM saya owkey???




Thursday, April 18, 2013

Gwiyomi..I'm the cutest...=)

Bumi kita dah diserang virus baru....OMG!!!!!!!!......Dulu Gangnam style, pastu Harlem shake, sekarang ni Gwiyomi pulak......and everyone is trying to show their cutest and pureness by doing the Gwiyomi style....Neways, apa tu Gwiyomi???? setakat yang aku baca (rajin pulak buat research...teehee), Gwiyomi ni is a kind of Korean Song yang dinyanyikan oleh.....hurmmmm...korang carikla sendiri dan di femes kan oleh satu program tv korea named MTV Diary... tak pasti la untuk apa but Gwiyomi ni menjadi satu fenomena alam terhadap penduduk Bumi....


My first impression about gwiyomi was







Ape lagi dak Korea ni nak buat???...
But then, bila aku tengok video nih...





I feels like...hurmmm...



So, aku pun carik la video yang lain...but then, I watched this..







Hensemnyer........nak2 yang no 6 tu.....awww......hik..hik..
I thought it was a kind of a ranking, so, bila sampai kat minit yang ke -9,






Aku tak taw nak cakap ape....

Ramai yang dah buat gwiyomi ni, so, aku pun rasa nak buat...but then,

 Tun Mahathir cakap ...





So, aku cancel jer la....(sejak bila aku contact Tun tah..teehee..)



#Just for fun...happy reading...=)







Thursday, April 4, 2013

Pleaseee......No More Phone Calls!!!!!

Lately ni aku sering diganggu dengan phone calls dari nombor yang tak dikenali. Usually kalau aku dapat phone calls macam ni aku ignore jer. Tapi masalahnyer, aku dah terformat handphone tak sempat nak buat backup so, semua num hilang. 

One day tu aku angkat la call even num takde dalam phonebook sebab aku expect tu num member aku yang aku takde save. And what I get is...


Saiko man: ini Munirah kan? (aku panggil laki ni saiko sebab....cer baca sampai habis)

And the calls continues with his messages all nights.

Bila aku tak layan, dia ganggu kawan aku pulak. Kami pelik mana dia dapat num kami & tahu nama kami. Kawan aku tak tahan, so dia bagi la no saiko man tu tunang dia. But the worse part is, dia boleh call pensyarah kami pasal dia tak tahan tunang kawan aku tu dok maki silat dia. What the fish??? Perlu ke sampai kol pensyarah kami???  And he is truly not from UPSI. Mula-mula, dia cakap dia budak UPM. Then, dia cakap dia budak PKLU. Dia call pensyarah aku pukul 9 malam sebab nak ngadu pasal tunang kawan aku tu and then kol pensyarah aku jam 3 pagi semata-mata nak mengadu dia tak boleh tidur sebab kami tuduh dia hantar message pelik-pelik and dia nak ajak gaduh.


OMG!!!!!
This guys is seriously sick.


At last, kami pun buat report polis and bagi bukti sms yang dia hantar. Ingat dia cuak, tapi semua itu hanya di  bayangan kami saja. Kami terus dapat gangguan dari saiko man tu sampai hari ni termasuk nombor-nombor lain yang baru nak berkenalan and so on. Paling takleh belah bila dia mintak kami bayar topup rm70 sebab dia kol kami. MOTIF???? (nampak tak ke'saiko'annya di situ??)

Seriously, kejadian ni menyebabkan aku sangat trauma untuk angkat phone calls dari nombor yang tak dikenali.






 So, final decision, aku patahkan simcard and guna nombor baru.....

No more saiko man...no more irritating number, no more nightmares....

Boleh tarik nafas dalam-dalam..hembus....fuhhhhhhh lega....(eggrrrhhhhhh...alhamdulillah...sendawa pulak).

So, kepada siapa-siapa yang hairan aku tukar  fon num (sebab num aku dah guna hampir 5 tahun), ni la ceritanya. Nak nasihat kat korang sket, sekarang ni macam-macam gangguan tak kira la di alam maya ker, di alam realiti ker, alam fantasi ker mahupun segala alam jadian. Kita terutamanya perempuan ni kena lebih berhati-hati. Banyak dah kes tipu daya, rogol and so on berlaku sekarang. Simpan la sikap kejantanan anda seketika. Kang kalau kena, kita jugak yang susah.


#kadang-kadang, rasa takut itu perlu...kadang-kadang, rasa berani itu juga perlu....tapi biar berpada-pada..