Wednesday, May 30, 2012

Kini Buku Itu Telah Bertukar Milik




         


              Sudah menjangkau setahun memegang jawatan, maka ia perlu dibubarkan...Itu sudah termaktub dalam peraturan. Jika siang tadi aku masih bergelar Setiausaha Agong PSSGM UPSI, maka kini aku bergelar alumni PSSGM UPSI.

              Sedih mungkin, kerna terlalu banyak pengalaman yang aku pelajari sepanjang menyertai persatuan ini. Di sini aku mula kenal apa itu ukhuwah. Di sini aku mula kenal apa itu ketentuan ALLAH. Di sini juga aku di didik untuk menjadi sabar. Sabar melayan karenah anak-anak buah, malah juga sabar dengan tugasan yang perlu aku pikul.
              
             Aku masih teringat, seawal aku menerima jawatan ini, aku sering di provok oleh senior..

" Mun, jangan bagi muka kat diorang, nanti diorang pijak kepala. Mun kene buat semua, sebab diorang  tak boleh diharap. Even Mun s/u, keja mun kena macam presiden, macam bendahari. Mun kena buat semua. Sebab diorang tak boleh diharap sangat."
           
              Mulanya aku takut, iyalah. Siapa yang tak takut bila dengar amaran berlapikkan nasihat itu. Namun, ku didik diriku untuk bersabar dan berkata..

"Mun, mereka seperti engkau, tidak mengerti apa-apa...mereka seperti engkau, mahu mempelajari sesuatu, mereka seperti engkau dibebani dugaan yang sama"....

Majlis Jamuan Hari Raya, majlis pertama bersama mereka

               Dan aku teruskan tersenyum kerana aku pasti mereka akan rebah bila aku marah. Mereka akan kecewa bila aku berputus asa. Kerana mereka seperti aku. Inginkan pengetahuan. Dan mereka perlukan pengalaman seperti aku.

Gila seperti aku..

               Di sini aku banyak belajar. Sesuatu yang tak mungkin aku dapat di tempat lain..



Dari mereka aku belajar erti ukhuwafillah..


Dari mereka aku belajar erti jodoh....
kerana ALLAH yang mempertemukan kita


Dari dia aku belajar erti setia kawan....



Di sini aku belajar erti pemimpin



Di sini juga aku diajar erti berani namun tetap rendah diri...

Dan paling bermakna...



Dari mereka aku belajar erti kasih sayang kerana ALLAH...
kerana mereka bukan hanya  AJK, tapi mereka juga adalah saudaraku..


             Kini, buku itu bertukar pemilik. Beban itu berpindah bahu. Seeloknya ku katakan ia sebagai tanggungjawab.. Iya...Tanggungjawab itu bertukar bahu. Ku harap, mereka yang ku amanahkan takkan goyah. Aku percaya mereka mampu. Aku percaya mereka dapat lakukan yang lebih baik dariku. Kerana itu pilihan ALLAH. Bukan pilihanku semata-mata. Kun fayakun. 

               Kini buku itu bukan lagi milikku. Semoga catatan bahagian aku itu merupakan catatan yang baik-baik sahaja untuk kujadikan bekalanku di akhirat kelak.Wallahualam.





Tuesday, May 29, 2012

Pesanan Buat Hati




Wahai hati,
Jika dulu engkau pernah tersungkur,
Maka kini, bangkitlah dari tidur,
Jika dulu engkau pernah kotor,
Maka kini, semailah cintaNya yang luhur.

Biarlah kini engkau rasa hina,
Jangan nanti engkau rasa bangga,
Dengan apa yang engkau miliki,
Yang sudah pasti hanya ilusi.

Duhai hati,
Getarkanlah dirimu tika dibacakan surahNya,
Takutlah akan dirimu akan balasanNya,
Kerana engkau sentiasa di nilai,
Oleh Tuhan yang tidak pernah lalai.

Biarkan airmata itu mengalir,
Biarkan dirimu terasa sendu,
Selagi darah ini tetap mengalir,
Ianya tetap milik Tuhanmu.

Wahai hati,
Selagi engkau masih berfungsi,
Janganlah engkau rasa sangsi,
Malah rasa disakiti,
Kerana balasan Tuhan itu pasti.



Wahai hati,
Walau dikau pernah dicerca,
Walau engkau pernah berdosa,

Keraskanlah dirimu tika diduga,
Lembutkanlah dirimu tika mengingatiNya,
Kerna dikau hidup untuk menjadi khalifahNya.


#Manusia boleh berubah ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan...di manakah pendirian kita kini? tanyalah HATI...jika kta berubah ke arah kebaikan, sejauh mana keikhlasan kita? tanyalah HATI....jika kita berada di jalan yang salah, bersediakah kita untuk kembali ke pangkal jalan? tanyalah HATI.....Mungkar & Nankir hanya mencatat kebaikan dan keburukan yang kita lihat...tapi ALLAH tahu sejauh mana keikhlasan kita melakukan sesuatu....Wallahualam..




             رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

"Ya ALLAH ya Tuhan kami,
 janganlah engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan 
setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami.
 Dan kurniakanlah kepada kami rahmat disisi Engkau.
 Sesungguhnya engkau Maha Pemberi Kurnia"

-Surah al-Imran 3:8





First Attempt.....fuhhh

Sejak 2 minggu aku jatuh cinta dengan quiling. Dalam 2 minggu tu jugak kena kawal nafsu nak main dengan kertas ni sebab bizi main dengan assignment..Bila sekarang aku dah free, so, eden torai la buat sikit-sikit...Exam??...minggu depan...ade masa lagi nak study...wink2..=)....Ni first attempt aku untuk buat penanda buku dengan quiling..Enjoy..=)



Like I said...1st attempt...doesn't mean need to be perfect right????...(saje jer nak cover malu...teehee..)


Simple sangat sebab takde idea nak buat ape...
pengajaran untuk hari ini, kene design dulu baru buat...=)






Oh yer...nampak besar kan bookmark tu? Saje buat besar sebab nak baca buku nih...





Lama dah beli tapi tak baca lagi....dush3



Bila dah ada bookmark "cantik" ni, baru semangat nak baca buku tebal-tebal...
Nampak tak pengaruhnya di situ?..teehee...







Oklah...itu jer untuk kali nih...nantikan kemunculan produk-produk KB yang lain...=)...(berangan tol...hehehe..)



Tuesday, May 22, 2012

Kerna Keterbiasaan Itu....






Kerna keterbiasaan itu,
Menyebabkan kita lupa,
Bagaimana ianya bermula,
Saat engkau mengenali aku,
Dan aku mengenali dirimu.

Kerna keterbiasaan itu,
Kita menjadi lupa,
Semua kisah kita,
Bagaimana engkau menyentuhi hatiku,
Dan bagaimana aku menyambut kasihmu.

Kerna keterbiasaan itu,
Kita menjadi lupa,
Mana letaknya lembut bicara,
Mana letaknya madah cinta.

Kerna keterbiasaan itu,
Kita menjadi lupa,
Terbitnya penghargaan.
Bila hadirnya perpisahan,

Kerna keterbiasaan itu,
Kita menjadi lupa,
 Malapnya kebahagiaan,
Dikala kekalnya keperluan.


Kerna keterbiasaan itu,
Kita semakin merasa,
Jauhnya hati kita,
Walau hakikatnya di depan mata.

Kerna keterbiasaan itu,
Kita menjadi lena,
Lalai dengan cinta dunia,
Jauh dari cintaNya.


Dan,

Kerna keterbiasaan itu,
Aku cuba untuk menjauh,
Buat menagih kembali,
Segala janji-janji.

Walau nampak aneh,
Aku takkan berkalih,
Walau nampak janggal,
Aku takkan menyangkal,
Kerna,
Jodoh itu letaknya di tangan Yang Kekal...





                   

Sunday, May 20, 2012

Dia yang Bertudung Labuh

             




           Hari Sabtu ialah hari  cuti bagi aku, Mona dan Johan. Kebiasaannya, kami akan lepak di mall untuk mencari ketengan. Ya, tenang la sangat tengok gelagat orang ramai yang sedang asyik membeli-belah. Penat jalan-jalan sekitar mall, kami pun mengambil tempat duduk di restoran KFC di bahagian bawah mall tersebut.

" Weyh, ko group dengan sape presentation ekonomi nanti?" tanya Mona kepadaku.
" Dengan Adi, Hana dengan Hidayah," jawabku ringkas.
" Dengan Hana dengan Hidayah yang tudung labuh tu? " tanya Mona lagi.
 Nadanya seolah-olah terkejut dengan jawapan ku.
"Yer la. Kenape?" aku pelik.
" Hati-hati la yer," pesan Mona
"Kenape pulak?" aku bertambah pelik.
" Yer la. Diorang tu orang tudung labuh. Alim. Ko kene la jaga tingkah laku ko. Kang tak pasal-pasal kene tazkirah," jawab Mona dengan nada sindiran.

             Normal. Rata-rata kami agak gerun dengan geng tudung labuh. Bagi kami, mereka itu seperti sesuatu yang perlu dielakkan. Kalau tidak, habisla kena tazkirah oleh geng-geng yang berlagak perfect itu.

             Aku hanya berdiam diri. Ku lihat Johan sedang asyik memerhati seorang gadis yang berambut panjang melepasi bahu. Wajahnya pasti telah dibaluti dengan bahan-bahan make up yang menaikkan seri gadis itu. Berbaju kuning tanpa lengan dan skirt maroon paras lutut menyerlahkan lagi keputihan kulit gadis tersebut. Hampir ternganga mulut Johan melihat kemungilan gadis tersebut. Emph...lelaki.

             Aku mengalihkan pandangan ku ke arah sebuah meja di suatu sudut. Seorang gadis bertudung labuh sedang asyik membaca buku seorang diri. Mungkin sedang menunggu rakannya yang lain. Aku tertarik dengan pemakaiannya. Bertudung labuh berwarna coklat cerah dipadankan dengan jubah berwarna hitam. Wajahnya simple tanpa make up tapi kelihatan berseri-seri. Ayu nya. Aku terleka melihat gadis itu. Ku pandang gadis seksi itu sekilas, dan ku pandang gadis yang bertudung labuh itu. Jauh bezanya. 

"Weyh, ko nak ape? biar aku order," soal Mona.
" Bagi aku ayam 2 ketul dengan cheezy wedges," jawabku. Itu lah menu yang selalu ku pesan setiap kali kami makan di KFC.
" Ko pulak Johan?"
" Bagi aku snack plate jer la" jawab Johan. Masih leka memerhati gadis berbaju kuning itu.
"Ok" balas Mona lantas bangun untuk membeli makanan.

Tinggalah aku dengan Johan.

" Ape yang ko dok tengok tu?" soal ku.
" Perempuan tu," jawab Johan sambil memuncungkan bibirnya.
"Suke ler tu?" soal ku lagi.
" Uih. Mane ade. Orang dah tayang, aku tengok jer la," Johan tersenyum nakal.

            Aku hanya tersenyum. Ku labuhkan juga pandangkan ku kepada gadis yang dimaksudkan. Namun, mataku tetap tertarik kepada gadis bertudung labuh di meja sudut hampir dengan perempuan seksi itu. Ayu nya. Puji ku lagi. Ku lihat, tiada seorang lelaki pun yang tertarik untuk memerhatinya. Rata-rata lelaki yang ada di situ kebanyakannya memandang perempuan seksi berbaju kuning. Walaupun hanya sekilas.

###############


            Selesai makan-makan, kami bertiga merayau-rayau di sekitar mall. Pelbagai ragam manusia kami perhatikan. Ada remaja yang tanpa segan silu berpeluk-peluk dengan pasangan mereka. Ada yang sedang sibuk memilih baju.

"Rimas la aku tengok perempuan tu. Pakai tudung labuh, pakai jubah. Tak panas ker? Tak busuk ke badan? Lagipun, tak fesyen langsung," kata Mona.

Tidak pasti kata-kata itu ditujukan kepada siapa. Sama ada aku, ataupun Johan.

"Ko ni ape hal Mona? Biarla diorang nak pakai macam mane. Yang panas tu diorang, yang busuk nyer diorang. Bukan ko. Rilek sudah," balas Johan. Aku hanya diam mendengar perbualan mereka. 

Mataku asyik melihat gelang-gelang silver yang ditayangkan di kedai-kedai yang kami lalui. Tiba-tiba...

"Ooppss...sorie, maafkan saya," aku lihat orang yang aku langgar tadi sedang mengutip barangnya yang jatuh.
" Tak mengapa," jawab gadis itu sambil tersenyum.

Gadis bertudung labuh tadi. Aku terpana. Subhanallah. Cantiknya dia. Johan dengan Mona hanya terdiam. Kaget mungkin.

"Maafkan saya yer saudari," ujar gadis tersebut.
"Tak mengapa," jawabku ringkas. Gadis itu berlalu pergi, namun sedikit pun senyuman di bibirnya tidak pudar. Ikhlas.

"Nasib baik ko terlanggar budak bertudung labuh. Kalau la ko langgar budak biase-biase macam Mona nih, entah-entah dah berbakul-bakul ko kene maki," kata Johan. Selamba. 

Mona terdiam. Mungkin, masih terkejut. Aku hanya mampu tersenyum. 


Wahai gadis bertudung labuh, 
Rendahnya kamu di mata mereka kerana pakaianmu,
Tapi, tingginya kamu di mata ALLAH kerana pakaianmu,
Gerunnya mereka kerana pakaianmu,
Tapi, indahnya dirimu kerana pakaianmu,
Pakaianmu melindungi dirimu dari mata-mata lelaki,
Pakaianmu juga membuatkan kamu lebih dihormati,



Wahai gadis bertudung labuh,
Sesungguhnya dirimu adalah pejuang,
Walaupun bukan di medan perang,
Tapi kamu berjuang memelihara diri daripada fitnah dunia,

Wahai gadis bertudung labuh,
Kuatkanlah hati dikala dirimu dicemuh,
Kuatkanlah hati dikala kamu dipandang hina,
Walau pakaianmu tidak menepati citarasa mereka,
Namun,
di suatu sudut, masih ada yang ingin menjadi seperti kamu,
GADIS BERTUDUNG LABUH.



p/s:  i. Aku akui, dulu pun aku macam watak dalam cerita ni. Cuak dengan yang bertudung labuh. Kalau boleh, tak nak pun berkawan dengan yang bertudung labuh. Sebab nanti tak boleh buat itu la, ini la. Padahal, mereka sama seperti kita. Tapi, kini pandangan aku dengan yang bertudung labuh sangat berbeza. Mereka sangat cantik. Cantik kerana memelihara diri mereka. Adab mereka, aurat mereka. Cantik kerana mereka terpelihara. Tiada sebab untuk aku mengelak daripada berkawan dengan mereka. Kerana mereka membantu aku untuk memelihara diriku.

       ii. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Watak dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.




                   

Epilog Rindu (Episod 3)






"Emmmmphhh....penat nyer" keluh Sarah.

               Jadual kelas yang sangat padat bermula dari 8 pagi hingga 7 petang membuatkannya terasa sesak. Tiada ruang untuk berehat. Dia terpaksa berkejar-kejar untuk solat, seterusnya untuk berjalan ke blok kuliah untuk kelas seterusnya. Keadaan cuaca yang panas terik memburukkan keadaan.

               Kini, masanya untuk dia berehat. Selesai mengerjakan solat maghrib, Sarah melabuhkan punggungnya di atas katil. Niat untuk baring seketika sementara menunggu Isyak. 

Tett....tett.....

Telefon Sarah berbunyi tatkala sms diterima.

Eh? Mesej dari Qayum.

"Assalamualaikum kakak. Kakak tengah buat ape? Sihat?" 
" Wa'alaikumussalam. Akak sihat. Qayum sihat? Mak, ayah, dengan Zura sihat?
" Kami semua sihat. Hurmmmm..akak, ayah buat hal lagi" 

          Mesej dari Qayum menyebabkan Sarah tersentak. Sebagai anak sulung, Sarah menjadi tempat mengadu adik-adiknya. Dari perkara yang kecil, sehinggalah perkara yang besar, pasti Sarah antara orang yang terawal mengetahuinya.

"Ayah buat ape lagi dik?"
"Ayah gaduh dengan mak. Mak larang ayah keluar malam lagi. Hampir tiap-tiap malam ayah keluar malam. Hari tu ayah keluar pukul 5 petang, balik pukul 4 pagi. Mak bising. Pastu, ayah tampar mak. Sekarang kami ade kat umah nenek. Mak merajuk dengan ayah. Tapi ayah tak datang pun amik kami." jelas Qayum.

Menitik air mata Sarah membaca mesej dari adiknya.

"Ya ALLAH, apakah kesudahan semua ini?" doa Sarah dalam hati.

"Takpe dik. Sabar yer. Ini dugaan untuk keluarga kita. Doa banyak-banyak. Semoga ALLAH beri hidayah kat ayah" nasihat Sarah. 

Walaupun nasihat ini ditujukan kepada adiknya, sebenarnya, ia juga sebagai peringatan kepada dirinya sendiri agar terus tabah.

"Sekarang mungkin boleh sabar lagi kak. Tapi, kalau Qayum dah tak tahan, Qayum nak keluar dari rumah ni. Qayum nak tinggal kat rumah Pak Su. Qayum tak sanggup tengok mak nangis tiap-tiap malam". 

Sarah tahu, adiknya benar-benar terluka. Ibunya mesti sedang berduka dengan tindakan ayah. Tapi dia harus menguatkan semangat mereka. Walau apa yang terjadi sekali pun, dia tetap Ayah.

"Jangan dik. Qayum kena berada di sisi mak. Siapa lagi nak bagi sokongan kepada mak kalau adik takda? Jangan buat mak nangis sebab kita dik." pesan Sarah.

Airmata terus mengalir di pipi Sarah. Setelah membalas beberapa mesej dari Qayum, akhirnya Qayum akur untuk tidak meninggalkan rumah mereka.

Penat letih badan Sarah terus hilang. Sebak mula merundung jiwanya. 

" Ya ALLAH, jika ini ujian yang Engkau berikan kepada keluarga ku, kuatkanlah hati kami untuk menghadapinya. Ya ALLAH, lembutkanlah hati ayah kami. Berikanlah hidayah kepadanya. Ampunilah dosa-dosa ayah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pengampun."

Sarah kembali bersujud kepada Tuhannya yang satu. Tuhan yang Maha Mendengar segala rintihannya. Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya. ALLAH.

"Aku kena kuat. Aku tak boleh lemah. Kalau aku lemah, siapa nak bagi semangat kat mak aku? Siapa nak jaga adik-adik aku? Aku kena kuat. ALLAH sayangkan kami, sebab tu ALLAH bagi dugaan nih. ALLAH takkan bagi dugaan kalau aku tak mampu nak hadapinya. Ini tandanya aku mampu untuk hadapi semua nih. Aku mampu mengubah semua ni. Ya. Aku mampu." pujuk hatinya lagi.

Sarah membuka dompetnya. Terdapat sekeping gambar pasport di saku kecil bahagian hadapan dompet itu. Sarah mengamati wajah insan di dalam gambar tersebut. Air mata bergenang lagi.

Ayah....


###############################


" Ayah kat mana ni?" tanya Sarah.

Hari ini hari Jumaat. Semua pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah. Seperti mana pelajar-pelajar yang lain tidak sabar untuk pulang ke rumah, begitu juga Sarah. Dia tak sabar-sabar untuk menceritakan pengalamannya di sekolah baru itu kepada ayahnya. Pengalamannya tinggal di asrama buat kali pertama.

Oleh kerana bosan menunggu kedatangan ayahnya, Sarah menelefon ayahnya menggunakan telefom awam yang disediakan berhampiran dengan pejabat Am sekolah.

"Ayah tengah on the way ni." kedengaran suara ayahnya di corong telefon.
"Lama lagi ker? Lapar la ayah." Soal Sarah dengan manja.
"Erm. Lama lagi kot. Sabar yer." jawab ayahnya.
" Ala ayah ni. Orang dah habis kelas lama dah. Ramai yang dah balik". Ngomel Sarah lagi. Walaupun dia anak sulung, tetapi, ayahnya tetap memanjakannya sama seperti adik-adiknya yang lain.

" Cuba pusing belakang" kata ayahnya lagi. Kedengaran suaranya lebih jelas daripada tadi.

              Sarah berpaling ke belakang dan ternyata, ayahnya sudah berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Sarah berasa sangat gembira lalu memeluk ayahnya erat. Sarah tak peduli dengan pelajar-pelajar yang lain. Yang penting, dia dah jumpa ayahnya. Segala kerinduan sepanjang seminggu berada di asrama terlepas sudah.

Macam-macam peristiwa yang menarik diceritakannya kepada si ayah sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Dari hari pertama orientasi, kelas, hinggalah cara hidup di asrama, kawan-kawan, semuanya diceritakan kepada ayahnya. Ayahnya hanya tersenyum mendengar cerita Sarah. 

"Sarah tak bosan ke tinggal kat asrama?" tanya ayahnya. Walaupun sedang fokus memandu, tapi dia tidak jemu melayan karenah anaknya itu.

"Takla bosan sangat sebab ada kawan. Tapi, takleh nak tengok tv la ayah. Radio pun takde" jawab Sarah.

" Mintak tolong Sarah bukak peti tu. Amik kotak dalam tu" kata ayah sambil menunjuk bahagian yang dimaksudkan.

Tanpa banyak soal, Sarah mengikut arahan ayahnya. Ternyata terdapat sebuah kotak walkman di dalam peti itu. 

" Ape ni ayah?" soal Sarah.
"Untuk Sarah. Nanti, takdela bosan sangat tinggal dalam asrama" jelas ayahnya sambil tersenyum.
" Waaa. Terima kasih ayah. Thank you so much"

           Sarah berasa sangat gembira. Dia membelek-belek walkman yang di maksudkan ayahnya. Berbentuk segi empat sama dan saiznya hanya sebesar tapak tangan. Berwarna hijau jenama Sony. Cantik. Puji Sarah dalam hati.





         Walaupun walkman itu tidak setanding Mp3 kawan-kawannya yang lain. Walaupun walkman itu hanya boleh digunakan untuk mendengar radio. Tapi Sarah berasa sangat gembira. Kerana ini hadiah daripada ayahnya yang tersayang.

Peristiwa itu berlaku 9 tahun yang lalu. Namun, peristiwa itu masih segar di ingatan Sarah. Dia masih ingat betapa mesranya ayah dengannya.

"Ayah, Sarah sayangggggggkan ayah" ucap Sarah dalam hati. Airmatanya mengalir lagi. Gambar pasport itu didakapnya erat.




Thursday, May 10, 2012

Be Strong




Time-time hujung sem ni la semua pakat nak hantar asignment kan? (lecturer bagi asignment dari awal sem lagi tapi dah nak due date baru pakat nak buat kan? (hehehe...same la kite..)

Semua struggle nak buat asignment, dengan midterm lagi...ye la..kalau tak buat, maw tak effect result...

Time-time macam nih memang sangat menguji hati, mental dan fizikal. Mental dan fizikal pulak mesti maw ready. 


Mental maw cekal sebab kalau mental tak kuat, boleh gila dibuatnya..
Fizikal mau ready sebab kene stay up tiap-tiap malam untuk siapakan semua asignment..kalau boleh, tak maw sakit-sakit minggu nih....


Mental & fizikal dah kuat....dah boleh bertahan....Tapi, macam-macam benda berlaku tak seperti yang kita rancang....tengah-tengah buat asignment tiba-tiba laptop jam, printer rosak, konflik dengan orang sekeliling dan banyak lagi....time tu la kita mula rasa stress sangat-sangat...




Mula la kata-kata tak elok keluar dari mulut kita, mula la rasa nak hentak-hentak laptop, tak pun hentak-hentak diri (melampau sangat aih)...tapi, kalau direnungkan balik, kenapa kita masih stress padahal mental & fizikal dah kuat????

Ini semua sebab hati kita masih belum kuat....hati kita masih sangat lemah.....kita mintak dikuatkan segala-galanya bukan? Jadi ALLAH turunkan dugaan untuk kita supaya kita dapat tahu di mana kelemahan kita, & apa yang perlu diperbaiki..

                          Jadi, di mana kelemahan kita? 
                          Kelemahan kita ialah HATI....
                          Apa yang harus diperbaiki? 
                          Kita harus memperbaiki HATI...
                          Bagaimana untuk memperbaiki hati ni?
                          Dengan SABAR.....

Sabar itulah yang akan membuatkan hati kita kuat, cekal, tabah....tak maw marah-marah...tak maw cepat melenting...

Kalau masih gak nak marah-marah, ce baca nih...


Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:


                       " Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring".


So, apa-apa pun, ingat, ALLAH takkan bagi apa yang kita minta, tapi ALLAH bagi apa yang kita perlukan...ALLAH tak bagi cara-cara untuk mengatasi semua nih, tapi ALLAH bagi ujian untuk kita bina kekuatan menghadapi semua ini....semua ni ujian daripada ALLAH SWT...kita marah-marah, stress, tandanya kita tak redha dengan semua nih...tandanya HATI kita masih LEMAH....so, penyelesaiannya ialah SABAR.....SABAR yer semua.....=)



p/s: Nak SABAR tu sangat sukar...tapi, hasilnya sangat INDAH...




                   

Friday, May 4, 2012

Hadiah dari Ibu....



Semalam jumpe adik kat Klang. Adik bagi barang yang mak kirim.


Waaa...siap ade lep-lep lagi mak nih.....




Sekontrol mana pun aku nih, kalo bab nak bukak bungkusan hadiah memang ganas...
sorie mak.....hihihi




Finally......


oh....oh...oh.....Buah keranji!!!!...


Mak taw kesukaan aku.....buah keranji!!!!!....sodapnyer....aku selalu cakap kat mak aku lame dah tak makan buah keranji....nahhhhh....sekotak mak bagi kau.....hehehehe...terima kasih mak...=)




Tiba-tiba rasa nak berpantun;


" Sorong papan tarik papan,
  buah keranji dalam perahu,
  suruh makan KB makan,
  suruh buat assignmnent dia tak mahu"



Hohoho...ok....nak wat assignment sambil makan buah keranji....nyum3..=)






                   

Thursday, May 3, 2012

Terima Kasih ALLAH.....=)

             




                   'Kawan-kawan, kelas pentaksiran start kol 3.45 petang!!!' Jerit ketua kelas...semua bersorak kegembiraan sebab boleh rehat-rehat sementara menunggu kelas yang seterusnya yang biasanya bermula jam 2 petang. Ye la, kalau tidak, mesti kami kalut-kalut nak gi makan, solat, rehat-rehat sebab kelas sebelum ni habis jam 12 tengahari.

"Alamak...ruginyer aku tak bawak laptop...kalau bawak, kan dapat buat asignment. Dahla kene buat esei 10 page....haddoii..."...kataku kepada rakanku.

"Takpe la...ade hikmah tu....jap agi kite solat kat masjid, ang boleh la baca tafsir ke, zikir ke...kalo ade laptop, mesti ang me 'langha' punyer....macam tak taw yang ang ni FB memanjang.." nasihat Ezza....

Aku terdiam..Tapi,dalam hati aku masih rasa rugi sangat-sangat sebab tak bawak laptop.

               Habis jer kelas pentaksiran, aku ngan Ain pergi ke dewan besar sebab sebelum ni senior mintak tolong ambilkan jubah konvo diorang. Selesai jer ambik jubah tu, kami singgah ke lab untuk letak jubah-jubah tu kat lab. Tak larat wey nak usung ke sana ke mari. Dengan jubah nyer, dengan labcoat nyer, dengan beg kuliah nyer. Settle simpan barang, then sedang kami on da way nak ke kafe, kami terserempak dengan sahabat, Bella.

                Bella nampak macam kalut jer, so kami ajak la makan sekali. Tengah syok-syok makan tuh, aku asyik teringat dengan asignment 10 m/s tuh.."Ruginyer tak bawak laptop"...tiba-tiba jer tersembul dari mulutku....


" Nape mun?" tanyer Bella
"Takde la...rugi nyer tak bawak laptop..kalau bawak laptop, bleh buat asignment...hurmm"...jawabku, kesal..
" Jom la balek dengan Bella. Nanti Bella hantar mun balek rumah. Nanti kite turun kelas same-same"

(Aku ngn Bella same kelas petang nanti)

" Eh, takpe la Bella.. Takyah la"
"Takpe-takpe...jom naik ngan Bella"
" Hurmmmm...Owkey, terima kasih Bella"..


             Aku rasa lega sangat-sangat. Jujur aku katakan memang tak terlintas pun nak naik kereta dengan Bella. Tak teringat langsung pun dia ada kereta. Dalam hati ALLAH jer yang tahu betapa gembiranya hati aku. Dalam kereta tuh aku sembang ngan Bella pasal kerja lapangan yang aku buat kat kampus baru time sem 3 dulu.

"Tempat tu luas sangat. Rasa kerdil je bila berada kat tengah-tengah tu." ceritaku dengan penuh semangat
" Subhanallah. Tempat besar tu pun kita dah rasa kerdil kan, sedangkan Bumi ALLAH ni lagi besar. Betapa kerdil nya kita", ujar Bella.

Aku terdiam. Subhanallah...Maha suci ALLAH...tiba-tiba aku rasa sebak....

               Balik rumah tu, aku terus wat asignment yang aku dok pikiaq sangat-sangat tuh. Alhamdulillah, sempat gak siapkan 1 m/s. Tak banyak takpe, janji dah start. Baru rasa lega.

               Settle jer kerja tuh, aku teringat yang esoknyer aku nak jumpa adik ku Fadli kat Klang. Tapi, takde duit.. Aku rasa serba salah sangat. Aku sendiri pokai. Tapi, aku nak jugak jumpa adik aku tuh. Kesian kat dia. Ni first time dia sampai Semenanjung. (Adik aku sambung blajar kt Kelang, kat kolej ape tah..baru sampai minggu lepas)..Jadi, aku kene gak jumpa dia, tengok keadaan dia.

Termangu aku seketika. Mana aku nak carik duit jumpa dia. Suddenly...tettt...tettt...ade sms


Ayah: Petang karang ayah masukkan duit. Fadli dah dapat duit baitulmal. Nanti pandai-pandai la bahagikan duit tu untuk korang berdua k.
Aku: Yeker? Alhamdulillah...Insya'ALLAH...terima kasih ayah..=)

Tak habis lagi kegembiraan itu, suddenly...tett..tett....ade sms lagi


Kak Jack: Mun dah amik jubah akak?
Aku: dah kak..
Kak Jack: Tq mun, akak dah bank in RM50 untuk Mun...upah dari akak..tq ea mun..=)
Aku: Ya ALLAH...Terima kasih akak...


                   Aku rasa gembira sangat-sangat...Tapi dalam masa yang sama aku rasa sangat terharu... ALLAH tolong aku....ALLAH dah bantu aku.....dalam hati aku tak putus-putus bersyukur kepada-Nya. Alhamdulillah...Alhamdulillah.....Alhamdulillah.....Subhanallah....Allahu akbar....sayangnya ALLAH padaku.....tak semena-mena mengalir air mataku kerana kebesaran ALLAH....Subhanallah...




                    Hari ini aku mendapat tarbiyah ku lagi...ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...pertemuan aku dengan Bella, sms dari ayah dengan Kak Jack, itu semua ketentuan ALLAH. Subhanallah....Syukran Ya ALLAH.





p/s: Dengar jer nama ALLAH, aku terasa sebak...ALLAH dah banyak bantu aku...tapi, sejauh mana aku membantu agama ALLAH???.....sejauh mana kita bersyukur atas nikmat-Nya????..Astaghfirullahalazim...sekali lagi air mata ini mengalir...








                   



Wednesday, May 2, 2012

Ujian Kenaikan Bengkung PSSGM UPSI



















                   Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus bersilat, akhirnya, kami berjaya mengharungi fasa baru dalam silat. Takyah cakap la aku masuk silat ape sebab tajuk pun dah ade kan.
                         Walaupun nervous bukan kepalang, pening pun bukan men kepayang, plus injured 2-3 hari sebelum hari kejadian, Alhamdulillah aku dan kawan-kawan dapat melakukan setiap langkah dengan baik. So, nak tahu macam mane keadaan ujian tadi, lets cekedot....=)




Pembukaan gelanggang oleh Cikgu Fuad






Taklimat daripada penguji, Cikgu Muhammad b. Md Nor





Peserta kanak-kanak dari gelanggang Umi Kalsom



Peserta lelaki UPSI



Peserta wanita UPSI







Tiga Sekawan



Haish deme nih...orang suruh tunggu giliran, photoshoot pulak......aiyooo....(yanie & k-run)





Memang giler photoshoot...hehehe..(tikah & acik)




Taiko besar...cikgu Ramlan....hehehe




Cikgu Faizal & Cikgu Jent..."bkn jentolak yer" (tagline beliau.....kih3)






                     Rasa lega sangat-sangat bila semuanya dah berakhir....terima kasih cikgu-cikgu terutamanya Cikgu Nor Azman b. Abdul Aziz (tiada dalam gambar) atas ilmu yang dicurahkan selama nih... Kalau tak kerana diorang, kami mungkin masih teragak-agak untuk me'redha'kan diri dilayangkan di atas tanah...hehehehe...Itu saje coretan untuk kali ni....daa~~





p/s:  hari tu aku injured kat bahu & kaki...punyer la aku doa supaya hari tu hujan...kalo hujan, tanah becak, mudah nak guling....tapi sayang, hari tu panas terik...Tapi, ALLAH Maha Penyayang...dia tak turunkan hujan....tapi dia hilangkan rasa sakit....tanah tu aku rasa lembut sangat...tak sakit langsung....baru aku sedar.....ALLAH takkan bagi apa yang kita mahu....tapi ALLAH akan bagi ape yang kita perlu.....syukur alhamdulillah...terima kasih Ya ALLAH.....