Wednesday, June 13, 2012

Tenanglah Wahai Hati...





Aku bukan sempurna...bukan insan yang hanya tahu memberikan senyuman...tapi aku juga insan yang tahu mengalirkan airmata...


Kadang aku lemah kerana manusia,
kadang aku kuat juga kerana manusia...


Kerna mereka hanya ketawa,
Kerna mereka hanya bisa berkata-kata...
Lalu ku pujuk diriku....







Adakalanya aku kuat, 
dan adakalanya aku sangat lemah,
adakalanya iman ku seutuh bata, 
adakalanya ia selembut kapas,
kerna itu, 
ku pesan hatiku...









Aku akan terus berjalan,
dan aku akan terus menyusuri liku itu....






Kini aku mula yakin,
jika ALLAH telah tetapkan sesuatu itu untukku, 
nescaya ia adalah yang terbaik untukku..


Biar mereka ketawa,
Biar mereka berkata-kata,
Kerna ALLAH lebih mengetahui segala-galanya..







#Let the pictures gives us courage, let AL-Quran gives us calmness....







Monday, June 4, 2012

Juri Awam, Juri Masyarakat, Juri kehidupan






Realiti masyarakat sekarang, lebih suka mengkritik daripada menasihati. Tak perlu carik dalam buku, tak perlu pergi ke realiti show semata-mata untuk mencari juri. Hanya duduk, taip account facebook, then online. Then anda akan nampak bermacam-macam post...ada post dakwah, post apa yang dia buat, post apa yang berlaku hari ni.. Facebook nampak macam dah jadi diari bagi sesetengah orang. (takpe la...itu hak masing-masing....tapi kena ingat jugak apa yang kita tulis, apa yang kita siarkan apa yang kita cakap akan ALLAH soal di akhirat kelak).

Cuma aku kurang suka segelintir masyarakat kita yang suka mengkritik. Kritik tak salah, tapi perlu disertakan dengan nasihat. Fitrah manusia inginkan kesempurnaan tapi, manusia tidak pernah sempurna.

Kadang-kadang, kalau seseorang tu tersilap, dengan serta- merta mereka yang berasakan diri sangat "berilmu" terus condem dia nih. 

Sebagai contoh, andaikata ada sorang hamba ALLAH ni meng'upload' gambar yang  tersasar dari jalan yang lurus (tak taw camne nak pendekkan ayat nih), then dengan serta merta gambar itu tersebar....then, ada la segelintir masyarakat nih mencaci, memaki, melaknat hamba ALLAH nih.

"Celakalah budak ni"
"Anak siapa la macam nih"
"Kalau aku jumpa dia nih, aku bunuh dia"
"Memang tak cium bau syurga la dia nih"


Siapa kita untuk me"neraka"kan dia?...Kita bukan ALLAH, kita bukan maksum macam Rasullullah....kita hanya manusia yang juga tidak terlepas daripada melakukan dosa. Jadi, apa hak kita untuk me'neraka'kan mereka??

Kenapa tiada yang menasihatinya? Atau mendoakan agar ALLAH kurniakan hidayah kepada dia instead of mengkritik or me"neraka'kan or men"durjana"kan orang tu???

Kita lupa kalau ALLAH bagi hidayah kat dia, ALLAH kata "Kun fayakun", dengan serta merta dia akan berubah. Entah-entah, dia yang kita caci, kita hina, kita maki sebab tak tutup aurat, sekarang tutup aurat dengan sempurna. Entah-entah dia yang dulunya berzina, kini telah bertaubat dan beribadah dengan ikhlas kepada ALLAH. Entah-entah, dia yang kita katakan jahil ilmu agama, kini sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya kerana ALLAH. 

Tapi kita yang mencaci ni??? Kita akan tetap rasa yang kita tidak pernah bersalah. Kerana yang melakukan kesalahan tu dia, bukan kita...kan? Dan kita rasakan hanya kita yang betul tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap orang yang kita caci, kita maki tu...kita lupa dosa kita mencaci, menghina mereka. Sedarkah kita semua tu? Dan sesungguhnya sebagaimana dalam hadith, orang mukmin;


Dia memandang dosa yang dia lakukan dosa peribadinya itu bagai gunung yang ada di atas kepalanya yang sewaktu-waktu boleh menimpa dirinya dan membinasakannya. Adapun seorang munafik, menganggap dosa yang dilakukan itu bagai lalat yang hinggap di hidungnya yang boleh dia usir bila-bila sahaja.


Jadi yang manakah kita???







# Tulisan ku ini bukan bermakna aku terlalu sempurna..bukan juga untuk "condem" siapa-siapa...Mungkin hari ini aku menulis pesanan ini....mungkin suatu hari nanti, aku lupa siapa diriku dek kerana ghairah dengan dunia...jadi tulisan ku ini akan aku jadikan nasihat semula buat diriku tika aku lupa..




Sunday, June 3, 2012

Ros atau Mawar??


Siapa tahu nama bunga kat bawah ni?






A. Ros
B. Mawar
C. A
D. B


Ros ke mawar? 

A: Mawar la...sebab ros tu dalam bahasa omputih
B: Eh, ros la...kalo omputih ejaannyer "rose"..
A: Sama la tu..ros amik dari bahasa omputih..
B: Mana ada...dalam BM pun tulis ros??

Can you see that? It is called perception @ persepsi.

Lain orang, lain persepsi...Mungkin dia melihat dari sudut logik, mungkin dia lihat dari sudut saintifik...Pemikiran individu itu terbentuk dari pengalaman dan juga persekitaran hidupnya.


1. Korang pernah rasa tak, bila ada kawan nak luahkan masalah dia kat korang, korang rasa masalah diorang tu kecik jer berbanding masalah korang or masalah lain yang korang pernah dengar? Tapi bagi kawan tu, masalah dia tu dah cukup besar untuk dia alami? (itu dari segi pengalaman)

2. Bagi korang yang tak berapa nak kaya nih kalau nak beli jam tangan tu, kalau boleh, yang harga RM 10 pun dah cukup. Paling mahal jam tangan yang korang beli ialah RM 15. Tak mahal takpe, janji boleh pakai and cantik. Tapi, bagi korang yang agak berada ni mungkin paling murah jam tangan korang ada is RM 50. Bagi korang, beli yang mahal takpe, janji tahan lama. (itu dari segi material).

3. Bagi korang, kalau korang nak marah orang tu, korang akan marah depan-depan. Tak payah nak sindir-sindir. Kalau marah terang-terang, dia mudah faham, and korang takkan berdendam lagi. Ada jugak yang jenis sindir-sindir (mungkin tak berani nak gitaw marah depan-depan kot). Ataupun korang lebih suka berdiam diri and say "takpe la....nanti ada masa aku bagitaw dia apa yang dia dah buat". (itu dari segi pegangan)

4. Bagi korang, apa yang korang cakap tu hanya gurauan semata-mata. Tapi, mungkin ada orang lain terasa dengan gurauan korang tu. (itu dari segi tabiat)

5. Bagi korang, kalau nak nasihat orang tu, kena sound direct. Supaya nasihat tu sampai. Tapi ada yang fikir kalau nak menasihat orang tu kena lemah-lembut. Baru nasihat tu mudah diterima. (itu dari segi dakwah)




So, how can you expect that everyone will have the same thought as yours?

Kita selalu dengar " rambut sama hitam, tapi hati lain-lain " (even perumpamaan ni dah tak berapa relevan sebab sekarang ni rambut orang dah macam-macam color. Macam pelangi pun ada). Maksudnya, even kita ni luarannya nampak sama dengan orang lain, tapi, dari segi sifat, pemikiran, amalan, gaya hidup kita semua berbeza.

Jadi, bersangka baiklah dan bertoleransilah....mungkin kita tidak tahu apa yang dia alami dan dia tidak tahu apa yang kita alami..


Finally, nak tanyer...ros ke mawar???