Friday, March 30, 2012

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru



                  Setiap manusia tidak akan pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Itu lumrah. Namun, selama kita hidup, pernah kah terdetik dalam hati kita untuk berubah? Jika benar kita pernah melakukan kesilapan, bertaubatlah. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat dan Maha Pengampun.

                  Lupakan kesilapan lalu, kerana mengingatinya tidak akan memberi apa-apa makna lagi kepada kita. Masa tidak akan dapat diputar. Namun, diri kita masih boleh diperbaiki. Itu peganganku.

                 Setiap apa yang kita lakukan bermula dengan niat. Niat itu datangnya dari hati. Jika bersih hati kita, maka bersih jugalah niat dan pilihan kita. Namun, jika hati kita telah hitam, maka hitam lah jalan yang dipilih.


Pesan sahabat,

Hati ini milik kita. Terpulang kepada kita untuk memeliharanya. Jika tersilap langkah, hati akan menjadi kotor. Namun, jika kita mengikuti jalan yang betul, Insya'ALLAH hati kita akan terus terpelihara. Jalan itu takkan ada jika kita tak mencari. Jalan itu takkan ada jika kita terus meninggi diri. Jalan-jalan itu ada ditunjukkan dalam AL-Quran dan As Sunnah dan jalan itu akan lebih mudah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.

                 Bersyukurlah kerana kita masih hidup pada hari ini. Itu tandanya ALLAH masih memberi peluang untuk kita bertaubat. Bukankah ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang????. Pernahkah kita berfikir yang kita akan mati secara tiba-tiba? Sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Bersediakah kita untuk bertemu ALLAH? Apakah yang akan kita bawa untuk menghadap ALLAH? Pahala-pahala kita? Atau dosa-dosa kita?






Pesan sahabat lagi,

Jika terdetik di hati kita untuk berubah, tandanya itu pesanan dari ALLAH. Bersyukurlah kerana ALLAH masih mahu menolong kita. Oleh itu, teruskanlah niat itu. Mungkin, peluang itu takkan ada lagi. 


            Jadi, tutup buku lama, buka buku baru. Biarkan kenangan lalu menjadi pengajaran buat kita. Agar kita sedar letakknya diri kita di dunia ini. Tutup buku lama, buka buku baru. Tutup aib lama, jadilah dirimu yang baru. Kerana itu adalah sebaik-baiknya. Aku yakin, jika kita berubah kerana ALLAH, insya'ALLAH, ALLAH akan bantu kita.





p/s: Tutup buku lama tak bermakna kita harus membuang buku itu. Sesekali kita perlu membelek buku lama agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu dan akan terus memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan dan seorang Islam yang lebih baik. Insya'ALLAH. Wallahu'alam.

Thursday, March 29, 2012

Epilog Rindu (Episod 2)

       



        Matahari mula menyinarkan diri. Kicauan burung-burung memecahkan suasana hening pagi itu. Sebagai seorang pelajar, bangun awal pagi untuk bersiap ke kelas adalah rutin biasa. Begitu juga Sarah dan kawan-kawan serumahnya. Tiada kelainan dalam setiap rutin harian mereka. Bangun pagi, turun ke kelas, membuat tugasan hingga larut malam ialah suatu perkara yang biasa.

        Tapi bagi Sarah, hari ini tidak serupa dengan hari yang lain. Hari ini, hatinya masih sayu. Mengingatkan kisah semalam, semalam yang penuh dengan dosa. Semalam yang penuh dengan noda hitam. Semalam yang penuh penyesalan. Penyesalan itu masih berbaki dalam hatinya. Sekali lagi air matanya tumpah.

         " Sarah, cepat sikit. Lewat dah ni" jerit Ayu.
         " Kejap," Sarah menyeka airmatanya lalu segera turun ke tingkat bawah.
          
         Siti Rahayu ialah rakan serumah Sarah bersama dengan 4 lagi rakan mereka iaitu Haliza, Siti Mariam, Nurul Husnani dan Amira Lidyana. Mereka telah menyewa rumah tersebut sejak berada dari semester 3 lagi. Ini kerana mereka tidak mahu terikat dengan peraturan dan aktiviti sangat ketat dan padat. Bagi mereka, menyewa di rumah luar lebih bebas kerana mereka tidak perlu mengikuti apa-apa aktiviti yang dijalankan di kolej yang hanya berkonsepkan pengumpulan mata merit untuk terus menetap di kolej kediaman itu.

          " Aduh. Macam mana ni? Aku tak confident la aku boleh bentang hari ni. Kau macam tak tahu, Dr. Marzuki tu bukannya suka kita bentang dalam Bahasa Melayu. Bentang dalam Bahasa Melayu pun aku terkedek-kedek, inikan pulak nak bentang dalam bahasa Inggeris. Capik terus aku macam nih," luah Ayu. 

         " Kalau engkau capik, aku kengkang", sampuk Haliza sambil tergelak. Kata-kata Haliza disambut dengan gelak ketawa Ayu, Mariam dan Nani. 

         Suasana semakin riuh dengan gelak ketawa apabila Haliza menunjukkan demonstrasi jalan kengkangnya. Namun, gelagat rakan-rakannya langsung tidak menarik perhatian Sarah. Sarah hanya terdiam melayan perasaannya. Hanya sesekali tersenyum untuk mengelak daripada dikesan oleh rakannya. Sarah terkenangkan khidmat pesanan ringkas yang diterimanya daripada Luqman selepas solat subuh pagi tadi.

               " Assalamualaikum Sarah. Saya minta maaf atas kesilapan saya selama ini terhadap awak. Saya harap awak masih terus dapat bersama saya. Sarah, maaf sebab selalu memungkiri janji saya sebelum ini. Janji untuk terus menjaga kehormatan awak. Sarah, saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku terhadap kita. Insya'ALLAH kali ini saya akan tepati janji saya untuk menjaga awak. Saya berjanji akan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku."
             
         " Insya'ALLAH wak. Saya takkan tinggalkan awak. Yang penting, saya hanya mahu kita berubah. Cukuplah dengan apa yang pernah kita lakukan selama ini. ALLAH masih memberi peluang untuk kita berubah. ALLAH masih sayangkan kita. Mungkin lepas ini, peluang untuk kita tiada lagi. Kita berubah ye wak?" balas Sarah.
                  "Insya'ALLAH".

               Sarah menarik nafas panjang. Ya, dia akan berubah dia nekad. Hari ini akan menjadi permulaan untuk kisah hidupnya yang baru. Hari ini, Sarah akan menjadi Sarah yang baru. Niat untuk hidup yang baru. Niat hidup kerana ALLAH SWT.

                  " Eh Sarah, lambat nyer ko jalan. Cepat ler. Aku nak bentang jap lagi neyh" kata Ayu.
             " Iyer Cik Siti Rahayu ku sayang. Aku tengah imagine macam mana kalau ko jalan capik lepas bentang nanti", usik Sarah.

                "Ciss. Kurang asam punyer budak. Itu yang ko imagine yer? Tunggu la turn ko lak nanti," sepantas kilat Ayu mencubit lengan Sarah. Haliza dan rakan-rakan lain hanya ketawa melihat gelagat Ayu.

                Itulah mereka. Suasana tidak akan pernah sunyi apabila mereka bertemu. Pasti ada sahaja perkara yang  mencuit hati. Kerana itulah Sarah masih mampu tersenyum. Kerana itulah Sarah masih mampu untuk ceria meskipun dilanda masalah yang besar sekalipun. Meskipun, masalah itu sering menghimpit dirinya. Masalah yang sering membuatkan dia enggan untuk pulang ke kampung. Namun, tiada seorang pun yang tahu akan hal ini. Tiada siapa yang perlu tahu.

      

                                                            ##############





Thursday, March 22, 2012

Epilog rindu (Episod 1)

        



       " Kita berubah" kata Sarah kepada Luqman . Tanpa disedari air mata telah mula bertakung di kolam matanya. Suatu penyesalan terasa berat di dada. Ya, Sarah sudah jemu. Jemu untuk melakukan kerja terkutuk itu lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa lalu. Kini Sarah ingin berubah. Berubah untuk menjadi seperti gadis-gadis sunti yang lain. Gadis yang sentiasa menjaga tutur kata, menjaga batas pergaulannya. Gadis yang menghiasi dirinya dengan sifat malu.


         " Maafkan saya." Luqman kelu seketika. Perasaan bersalah mula meresap dalam jiwanya tatkala melihat airmata Sarah. "Maafkan saya kerana mungkir janji. Saya tidak menjaga awak dengan baik."


          Setelah lama mereka terdiam, Luqman pun menghidupkan enjin kereta lalu menghantar Sarah pulang ke rumah. Hening menyelubungi suasana ketika itu, hanya kedengaran suara DJ radio yang mengutarakan permintaan-permintaan lagu dari para pendengar. Sarah memalingkan muka ke luar tingkap melayan perasaan, mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Sesekali terdengar esakan kecil daripadanya. "Ya ALLAH, ampunilah dosaku", rintih Sarah dalam hati.


           Sampai saja di rumah, Sarah terus ke bilik air untuk membersihkan badan. Terasa diri  ini sangat kotor kerana telah melakukan dosa-dosa selama ini. Selesai mandi, Sarah berwuduk sambil berdoa "Ya ALLAH, gugurkanlah dosa-dosaku seperti mengalirnya air wuduk dari celah-celah jariku. Ampunilah dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini". 
         

            Sarah menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam dengan kusyuk sekali. Kali ini dia benar-benar insaf. Kali ini dia benar-benar mahu berubah.


                         " Ya ALLAH. Malunya aku untuk berhadapan denganMu. Malunya aku untuk terus meminta keampunan daripadaMu sedangkan aku sering melakukan kesilapan yang sama. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku. Maafkan aku kerana terlalu lemah. Maafkan aku kerana tidak menjaga diriku, amanahMu. Ya ALLAH, selama ini aku leka dengan cinta nafsu dunia. Ampunilah aku ya ALLAH. Ampunilah aku kerana terlalu leka.
                            Ya ALLAH, janganlah Engkau menjauh dariku. Janganlah Engkau lupakan aku. Aku mahu berubah ya ALLAH. Bantulah aku. Lembutkan hatiku untukMu. Kurniakanlah aku hidayahMu Ya ALLAH. Ampunilah aku ya ALLAH..ampunilah aku ya ALLAH..ampunilah aku ya ALLAH" 


       Airmata mengalir deras di pipi Sarah. Kali ini dia nekad untuk berubah. Kali ini dia benar-benar rasa terhina. Oleh kerana terlalu letih, Sarah tertidur dalam sujudnya.







           

Tuesday, March 13, 2012

Short form Zaman Sekarang


Macam biasa, balik kelas jer mesti aku on laptop & then bukak FB. Pastu aku akan baca suma benda yang orang tulis kat home. Ada yang post pasal nak g kelas la....nak g makan la...pasal emosi diorang la...lep lep la...tapi kan, takde pulak orang post nak gi toilet kan? Aku tak jumpa lagi la insan sejujur itu. Tapi, takpe la...wall korang...buat la pape pown....






Lepas aku baca luahan-luahan tu, aku akan baca komen kat post tu..(seriously aku ni ska stalking gak....beware...hua3).... Leklok jer aku baca komen tu, tiba-tiba muncul..


LOL =)
FYI
LMFAO (",)
IDK
OMG






Urgggghhhh....ape ni? ape ni????? Aku tak paham....plisss.....tak sukenyer nak stalking macam nih. Stress...So, aku amik inisiatif lain....ape lagi, google kan ade.....so, aku jumpa la maksud shortform tu semua....aku tak jumpa yang ni ja...banyak lagi...nak taw?



lol = laugh out loud/laughing out loud
lmao = laugh my @$$ off
roflmao = rolling on the floor laughing my @$$ off
lool = laughing out outrageously loud
fdlmao = falls down laughing my @$$ off
fdl = falls down laughing
brb = be right back
bbl = be back later
b2b = business to business
ttyl = talk to you later
ttfn = ta ta for now
tfn = til further notice
bol = busts out laughing
lmfao = laughing my fat @$$ off
lmbo = laughing my butt off
imho = in my humble opinion
imo = in my opinion
rtfm = read the f* manual
<3 = love (heart)
h8 = hate
tmi = too much info
omg = oh my gosh
omfg = oh my f* gosh
itt = in this thread
afaik = as far as I know
afk = away from keyboard


Sekarang dah faham....so, boleh continue stalking.....hehehehehe.....



p/s: pendek sangat la shortform nih....bang, kalau dah malas nak taip tu, takyah taip langsung lagi senang bang.


Monday, March 12, 2012

Cara Mudah Untuk Cantik

Member: Uitt nyah....asal ko makin cantik sem ni eh? ko pakai produk ea? produk ape? Per & lopli? Mestikah ratu? ke Oh leley?

Terkejut den bila member tanyer macam tu....tapi, dalam ke'terkejut'an tu ade la sikit rasa bangga non....sape tak suke bila ade orang puji kita kan? kan? kan ke tak kan?...

Sebenarnye aku tak amalkan pape produk pon. (owkey, aku pakai compact powder jer)...Sebab, den ni pemalas nak pakai barang-barang tu sume. Gilak ko nyah nak pakai pelembab sebelum tido la, nak pakai scrub 3 minggu sekali la, letak timun kat mata la.... kene makan yang nih, tak boleh makan yang tu kang muka rosak la...bla....bla..bla....Kalau nak beli 1 set produk kecantikan tu boleh beli Doublecheese burger 2 set + 5 helai baju ko taw tak?....

Sebenarnyer, rahsia aku untuk wajah berseri (nak kata untuk wajah cantik, aku pun bukannya cantik pown) ialah:


Minum air 2 litre sehari

       Actually sebelum nih aku kurang minum air...dalam sehari mungkin aku hanya minum segelas air jer...tu pun air ais. Disebabkan itula badan aku nih kering kontang bersisik sampai luka-luka ko taw nyah...haaaa.... sampaikan kene ejek dek adik bongsu aku....(serious sentap mak..)..Aku nih boleh dikatakan pemalas sangat nak sapu losyen. Losyen yang aku beli sejak sem 1 lagi tu pun tak habis-habis lagi..(tak baik sungguh)
    
       But, sejak balik ke U nih, aku demam, batuk-batuk...batuk kering lak tuh...teruk sangat sampai termuntah-muntah....so, untuk mengawal kebatukan yang durjana tuh, aku minum la air masak sebab tekak aku kering...asal batuk jer, minum air...asal batuk jer minum air....tup tup, 2 litre air aku minum dalam sehari. Agak merana jugak la hari tu sebab dahla minum air banyak, kalau dah minum air banyak, alamatnyer, banyak kencing la....letih ko taw...asyik nak ke toilet jer....minum air banyak, + kelas ade aircond lak tuh...ko bayangkan betapa sengsaranya...






        Tapi, sejak itu la aku terbiasa minum air suam. Kalau nak gi kelas pun, botol air wajib ada. Air ais pun segelas jer...tu pun jarang ar wa cakap lu... Tapi, tak sangka, banyak perubahan dah berlaku. Sisik-sisik kat badan pun dah takde, ulser pun dah takde menjengah, bibir pun dah tak kering, batuk pun semakin berkurangan...Alhamdulillah.


Makan sayur-sayuran

            Peh liss.....ni aku bohong jer owkey....nih aku amik dari nasihat orang lain...Kene makan sayur banyak-banyak untuk awet muda. (Padahal aku tak makan sayur sangat pon)....tapi korang kene ikut nasihat nih...jangan ikut macam aku...

            Tapi sekarang aku nak didik diri aku makan tomato....dulu memang aku anti dengan tomato. Rasanyer yang....emmmphh...ntah la..tak reti nak cakap.. sampaikan aku pernah termuntah gara-gara nak try makan tomato ja....Haddoii...terok betul...But, alhamdulillah ALLAH beri hidayah untuk aku tertarik ng tomato...

Begini ceritanya.... 

            Hari tu aku lapaarr sangat...tak tahu nak makan ape. G dapur jer nampak sorang housemate aku tengah makan.

Aku: ko makan ape tu?
Housemmate: makan burger jer

            Tapi aku tengok burger dia meriah dengan sayur-sayur wa cakap lu.....yang membuat aku tertarik tu bila nampak tomato sebab dia kaler merah..(aku nih memang mudah tertarik dengan kaler-kaler terang nih)...nak mintak tapi segan kan, so, aku diam jer la....isk3...

            Esoknyer aku g pasar & beli tomato....sikit je la dalam 4 bijik jer...untuk trial....aku masak burger, then bubuh tomato ng mayonese buah-buahan...rasanyer..perghhhh....sedap you.....first time aku rasa tomato tu sedap....So, sekarang nih aku dah boleh makan tomato..(tapi mesti dengan mayonese la...)...korang takyah tanyer la khasiat tomato tu ape.....sume orang taw...kalo tak taw jugak, p google....


See....tomato jugak yang paling menarik kat situ



Cukupkan rehat






             Aku taw kalau dah namanyer student, memang tak cukup rehat punyer la....assignment melambak2 tambah-tambah lagi dengan tesis kan????...tapi, stail aku, kalo dah nak tido tu, tido je la...wat pe nak pikir pasal assignmnt...tido is tido....asisgnment nanti dulu keyh.....aku dulu pun jenis slalu ngigau pasal assgnment sebab terlalu banyak sangat berfikir...but then, sekarang nih, aku dah rasa lebih matang untuk menguruskan kerjaya dan peribadiku....chewah...


Muhasabah diri

            Ape kaitan muhasabah diri dengan cantik??? banyak sebenarnyer....bila kita bermuhasabah, hati kita akan jadi tenang....tak payah amik masa banyak....cukupla bila ko duduk sorang-sorang, fikirla....apa yang telah kita lakukan...apa kebaikan yang telah kita lakukan hari nih...apa kesilapan yang telah kita buat hari nih...mintak keampunan daripadaNYA...luahkan segala-galanya kepada ALLAH....Insya'ALLAH, lepas tu kita akan jadi lebih tenang, n boleh teruskan dengan kerja-kerja kita.



Begitu mudah kita mengalirkan airmata untuk pakwe kita,
tapi, mengapa sangat sukar untuk kita menangis keranaNYA?



            Aku akui, sebelum nih aku jarang nak bermuhasabah diri. Sebab aku sentiasa rasa tiada ruang untuk semua tu...aku tak sempat nak buat itu, aku tak sempat nak buat yang nih....tension memanjang....muka berkerut jer.....padahal, masa diperuntukkan untuk setiap orang tu sama...24 hours...tapi, kini, bila aku amalkan bermuhasabah, aku rasa tenang...tak kalut lagi....dan bertenaga untuk meneruskan perjuangan aku sebagai pelajar....and that's why aku senyum jer....sebab takde ape yang buat aku susah hati lagi...

assignment???small da pieces la bro...

              So, tu la antara perkara yang aku amalkan untuk kekal berseri...banyak lagi benda-benda yang boleh bantu kita untuk jadi cantik...but, ni je la yang aku amalkan....kalau nak cantik, try la....gudluck..=)



p/s: kecantikan rupa paras hanya pinjaman daripada ALLAH semata-mata...bisa hilang ditelan waktu...bisa hilang dalam sekelip mata....namun, kecantikan peribadi kita didik dengan usaha kita, Insya'ALLAH akan kekal hingga akhir hayat...



Saturday, March 10, 2012

Rindu Sama Kamu bhai......

Dah hampir sebulan aku tak nampak ko......rindu sangat-sangat....terasa sunyi bila ko takde......U know what, aku perlukan kau setiap masa...lebih-lebih lagi saat-saat macam nih.....saat assigment melambak-lambak...saat aku kesorangan....saat jiwa ini meronta-ronta untuk menyentuh dikau.....

Terasa menyesal melepaskan dikau ke pangkuan orang lain. Oh men.....seriously....aku cemburu melihat orang lain bergembira dengan insan seperti kamu......aku rindu kamu......











Aku taw...aku taw....kamera aku jenama murah jer.....sampai ade orang tu tak tahu pun jenama kamera nih.....tak macam DSLR Canon, Sony n kamera yang sewaktu dengannya.....tp, semurah-murah dia, dia dh banyak berbakti kat aku ni taw???....ko ada????


p/s: life without a camera is nothing for a photographer......peace yaw....