Sunday, March 27, 2011

Fesyen Yang Digemari Wanita Tetapi Tidak Disukai Oleh Lelaki




Cermin mata besar- Ramai wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar,mereka akan kelihatan lebih  mewah dan bergaya. Tetapi bagi lelaki, wanita yang gemarkan memakai cermin mata yang besar dan tidak sesuai dengan bentuk muka kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amat penting bagi seseorang wanita untuk memilih saiz dan bentuk cermin mata yang benar-benar sesuai dengan wajah mereka.

Bibir yang merah menyala- Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa mereka akan kelihatan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah. Tetapi lelaki tidak sukakan warna yang terlalu terang kerana mereka merasakan seolah-olah sedang bercakap dengan badut. Lelaki lebih sukakan kesederhanaan. Wanita harus lebih peka dalam pemilihan warna lipstick yang bersesuaian dengan kulit mereka.

Bulu mata- Memang tidak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lebih cantik pada pandangan lelaki. Tetapi sekiranya bulu mata palsu yang terlalu panjang dan melentik digunakan, lelaki akan merasakan bulu mata yang dipakai oleh seseorang wanita itu kelihatan seperti bulu penyapu dirumahnya. Wanita dinasihatkan untuk tidak memilih bulu mata yang terlalu panjang. Lelaki lebih sukakan bulu mata yang asli berbanding bulu mata palsu.


Selipar/Kasut- Mungkin ada diantara sesetengah wanita lebih suka memakai selipar/kasut berbanding kasut tumit tinggi. Ini adalah kerana ianya lebih selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi. Pelbagai jenis selipar/kasut yang cantik-cantik boleh didapati di pasaran sekarang. Tetapi walau secantik manapun selipar/kasut yang di pakai oleh seseorang wanita, lelaki pasti lebih gemarkan wanita yang memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambahkan keayuan mereka.
Pakaian yang terlalu seksi- Seseorang wanita yang memakai pakaian terlalu seksi memang mendapat perhatian daripada lelaki.  Tetapi lelaki akan merasakan wanita yang seksi adalah seseorang yang kurang mendapat perhatian. Dan dengan pemakaian yang seksi mereka mendapat perhatian yang secukupnya. Tambahan lagi untuk lelaki yang bernafsu kuda. Wanita dinasihatkan untuk memakai pemakaian yang lebih tertutup untuk mengelakkan daripada perkara buruk menimpa diri mereka.






p/s: amik dari SINI





No comments: