Monday, February 6, 2012

Dia Mungkin Nyanyuk, Tapi Dia Masih Darah Daging Kita

Assalamualaikum....

Lumrah dunia sekarang, manusia lebih pentingkan harta dunia daripada keluarga sendiri. Sampaikan keluarga berpecah belah disebabkan harta. Anak saman bapa sebab tak bagi harta, mak siram asid kat anak sebab nak harta, tipu sana sini. Hurmmmm.......humans are soo cruel....

Aku ingatkan perkara nih just dalam paper jer...(aku bajet dalam paper tu happens kat orang yang aku tak kenal)....tapi tak sangka, benda nih pun berlaku di sekitar aku. Orang yang aku kenal..


Dia hanya seorang tua yang sudah nyanyuk. Kematian isteri setelah sekian lama menyebabkan dia hanya mampu bergantung kepada puteri nya yang satu. Namun, apa yang diharapkan menjadi sebaliknya. Anak yang dipelihara sejak kecil menjadi duri dalam daging sendiri. Kebajikan ayah sendiri tidak dipelihara walau seorang pun insan di dalam rumah tersebut waima cucunya sekalipun.


Tengok orang tua pun dah sedih,
 apatah lagi kalau tahu dia dianiaya anaknya sendiri...hurmmm



Si ayah hanya dibenarkan makan di atas lantai seorang diri manakala ahli keluarga yang lain enak menjamu selera di atas meja makan. Kebersihan pakaian ayah langsung tidak di ambil peduli. Ya...Sebab ayah sudah nyanyuk. Untuk apa makan atas meja? dia bukannya reti makan makanan lain pun..makan atas lantai, makan jugakkan?..Untuk apa pakai baju wangi-wangi? Pakai baju jugakkan????.....Oh ya....yang penting, harta tu nanti anaknya yang punya...kan????

Oleh kerana berkecil hati, si ayah menumpang simpati di rumah adiknya. Ya....di situlah dia dijaga dengan baik. Tiada lagi makan seorang diri. Tiada lagi pakaian yang busuk. Jika kakinya sakit, pasti ada yang mengurutnya...Ya.... dia sudah nyanyuk. Seringkali tersalah masuk bilik...Seringkali terlupa untuk memakan pil. Namun, dia tanggungjawab keluarga itu. Kerana dia darah daging mereka. Namun, bagaimana anaknya sendiri sanggup menyisihkan ayah sendiri???...Tiada seorang pun dari rumah nya datang untuk menjemput si ayah kembali. Kata si anak ' Biarla orang tua tu kat rumah tu..tak payah amik'....sampai hati si anak..

Namun, si ayah cekal kan hati. Biarlah...mungkin nanti dia akan sedar. Kini, hatinya di abadikan untuk ALLAH. Bibirnya tidak lekang daripada berzikir kepadanya. Terasa sayu apabila berusaha untuk menghafal surah namun seringkali tersasul. Ya...dia sudah nyanyuk....sukar untuk dia mengingatinya.

Kadang-kadang si ayah duduk di hadapan pintu melihat kenderaan lalu-lalang. Siapa tahu apa yang ada dalam hatinya....mungkinkah menunggu si anak datang menjemputnya???? mungkinkah mengenangkan nasibnya yang dipinggirkan??? Hanya dia dan ALLAH yang tahu......


* Harta dunia jika telah habis, boleh dicari ganti. Tapi, ibubapa kita, jika telah mati, tiada yang dapat mengembalikan mereka.

No comments: