Sunday, January 22, 2012

Gunung Lang yang Owsem




Assalamualaikum sume,

Time-time bosan macam ni la aku rase nak selongkar balek zaman aku sem 5 dulu..(ceyh, padahal baru jer habis sem 5)....actually aku nak 'clean' kan laptop aku, buang gambar-gambar yang ntah ape-ape...suddenly, aku perasan yang ade 1 folder gambar, (banyak sebenarnyer) yang aku rasakan layak untuk di 'show'kan dalam belog nih..(uhh....tabiat show off aku memang takley nak buang daa...)

Kalau selalu aku merapu emo-emo tak tentu pasal, (itu tandanya dah takde keje sangat), kali ni aku nak cite sikit pengalaman aku sem 5 yang lepas...memang aku akui sem 5 nih sangat tough and rough macam simen jalanraya  mahupun dinding sekolah aku yang macam ade bijik-bijik...(ntah aku pun tak tahu nak men'describe'kan bende alah tu...) dengan assgmnt yang melambak, dengan projek yang tak putus-putus, but, nak wat camne, name pun dah student kan??....kalo tak suke, takyah belajar la kan? kan ke tak kan?....

But, instead, aku suke sangat sem 5 nih sebab sem nih kami ade banyak fieldtrip...(biase la, budak-budak bio nih jarang ade fieldtrip....so, tak heran la kalo diorang nih agak jakun sikit bile ade fieldtrip..)..Btw, thanks to pensyarah ecology kami, Dr. Husni b. Ibrahim sebab sudi bawak kami budak-budak bio yang jakun  ini jalan-jalan carik pasal...hehehe...

Our 1st fieldtrip was at Taman Rekreasi Gunung Lang, Perak Darul Ridzuan.






Tempat ni agak membosankan bagi orang-orang yang bukan pencinta alam. Tapi, bagi orang-orang yang suke photoshoot, macam model tegar di bawah ini, tempat nih sangat cantik.

Miss Atikah...
Tak kira la even pakai tracksuit skalipun, janji dapat photoshoot....hehehehe

Takde gambar aku ke???? jap ea...ermmmm.......ermmmm.....takde la....stress nyer camnih...


Antara penyambut tetamu tika sampai di lobi....bagi pemancing-pemancing tegar,  tolong jangan terlalu berharap, ikan-ikan nih dah advance makan roti so, diorang  tak pandang cacing-cacing anda waima yang hensem sekalipun



Anyway, kami kat sini berkhemah selama 2 hari. Sampai jer kat situ kami diminta untuk memasang perangkap  burung. Agak stress jugakla nak carik tempat yang sesuai sebab sebelum nih mane pernah tangkap burung bhai. Lagi stress kalo dapat tahu group lain dah dapat sekor burung, group korang belum dapat sekor burung pun. Aku rase, burung pun tak pandang perangkap kami tuh.

But the 2nd day was our lucky day. Kitorang dapat 3 ekor burung skaligus you.....ulang balik, SEKALI GUS....Aku masih tak dapat lupakan macam mana aku dengan miss Heddy melompat-lompat kegembiraan yang teramat sangat tak terkata....(ayat pun dah tak betul dah)....Dah dapat tu, mule la nak balik camp side dengan muka berlagak kan? hahahaha...


Olive bee-eater...cantik kan burung nih???

Untungla ade orang tangkap gambar..


Muka-muka berlagak....hua3...



Tapi sayang, burung yang kami dapat nih terpaksa dilepaskan semula sebab diorang nih spesies terpelihara. Gilak kaw mahu bawak balik burung nih, boleh kena saman bha aku nanti.

Oh ya, sebelum kami sampai ke campside, kami terpaksa menaiki bot untuk menyeberangi tasik buatan yang cantik dan tenang ini.



Pemandangan yang sangat menenangkan


Ape lagi, masing-masing mengeluarkan senjata yang tersembunyi then, snappp...=)


Bagi aku, tempat ni dah buat aku jatuh cinta dengan alam sekeliling. Kalau dulu aku akan lepak kat shopping complex untuk tenangkan diri dengan melihat gelagat orang lain ataupun men'stress'kan diri sebab takley nak beli baju yang dikehendaki akibat krisis ekonomi, tapi, kini aku lebih suka untuk lepak di tempat-tempat yang dekat dengan alam. Hanya ALLAH yang tahu betapa tenangnya hati bila berada di situ. Memang kita takkan rasa best kalau kita tak buat sesuatu kat situ. Kalau tak kerana fieldtrip nih, aku takkan merasa betapa susahnya memasang perangkap burung, dan betapa excitednya bila perangkap tu mengena. Paling best bila dapat tengok and belai burung yang cantik hasil dari tangkapan kita sendiri...Memang sangat indah.





*Tak yah cita la pasal aku jatuh longkang semata-mata nak tangkap rama-rama....





No comments: