Friday, March 30, 2012

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru



                  Setiap manusia tidak akan pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Itu lumrah. Namun, selama kita hidup, pernah kah terdetik dalam hati kita untuk berubah? Jika benar kita pernah melakukan kesilapan, bertaubatlah. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat dan Maha Pengampun.

                  Lupakan kesilapan lalu, kerana mengingatinya tidak akan memberi apa-apa makna lagi kepada kita. Masa tidak akan dapat diputar. Namun, diri kita masih boleh diperbaiki. Itu peganganku.

                 Setiap apa yang kita lakukan bermula dengan niat. Niat itu datangnya dari hati. Jika bersih hati kita, maka bersih jugalah niat dan pilihan kita. Namun, jika hati kita telah hitam, maka hitam lah jalan yang dipilih.


Pesan sahabat,

Hati ini milik kita. Terpulang kepada kita untuk memeliharanya. Jika tersilap langkah, hati akan menjadi kotor. Namun, jika kita mengikuti jalan yang betul, Insya'ALLAH hati kita akan terus terpelihara. Jalan itu takkan ada jika kita tak mencari. Jalan itu takkan ada jika kita terus meninggi diri. Jalan-jalan itu ada ditunjukkan dalam AL-Quran dan As Sunnah dan jalan itu akan lebih mudah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.

                 Bersyukurlah kerana kita masih hidup pada hari ini. Itu tandanya ALLAH masih memberi peluang untuk kita bertaubat. Bukankah ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang????. Pernahkah kita berfikir yang kita akan mati secara tiba-tiba? Sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Bersediakah kita untuk bertemu ALLAH? Apakah yang akan kita bawa untuk menghadap ALLAH? Pahala-pahala kita? Atau dosa-dosa kita?






Pesan sahabat lagi,

Jika terdetik di hati kita untuk berubah, tandanya itu pesanan dari ALLAH. Bersyukurlah kerana ALLAH masih mahu menolong kita. Oleh itu, teruskanlah niat itu. Mungkin, peluang itu takkan ada lagi. 


            Jadi, tutup buku lama, buka buku baru. Biarkan kenangan lalu menjadi pengajaran buat kita. Agar kita sedar letakknya diri kita di dunia ini. Tutup buku lama, buka buku baru. Tutup aib lama, jadilah dirimu yang baru. Kerana itu adalah sebaik-baiknya. Aku yakin, jika kita berubah kerana ALLAH, insya'ALLAH, ALLAH akan bantu kita.





p/s: Tutup buku lama tak bermakna kita harus membuang buku itu. Sesekali kita perlu membelek buku lama agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu dan akan terus memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan dan seorang Islam yang lebih baik. Insya'ALLAH. Wallahu'alam.

2 comments:

Cik Nana Menaip said...

sayang awak krn ALLAH

kuaci bulat said...

Sayang awk krn ALLAH juga....=)