Wednesday, May 30, 2012

Kini Buku Itu Telah Bertukar Milik




         


              Sudah menjangkau setahun memegang jawatan, maka ia perlu dibubarkan...Itu sudah termaktub dalam peraturan. Jika siang tadi aku masih bergelar Setiausaha Agong PSSGM UPSI, maka kini aku bergelar alumni PSSGM UPSI.

              Sedih mungkin, kerna terlalu banyak pengalaman yang aku pelajari sepanjang menyertai persatuan ini. Di sini aku mula kenal apa itu ukhuwah. Di sini aku mula kenal apa itu ketentuan ALLAH. Di sini juga aku di didik untuk menjadi sabar. Sabar melayan karenah anak-anak buah, malah juga sabar dengan tugasan yang perlu aku pikul.
              
             Aku masih teringat, seawal aku menerima jawatan ini, aku sering di provok oleh senior..

" Mun, jangan bagi muka kat diorang, nanti diorang pijak kepala. Mun kene buat semua, sebab diorang  tak boleh diharap. Even Mun s/u, keja mun kena macam presiden, macam bendahari. Mun kena buat semua. Sebab diorang tak boleh diharap sangat."
           
              Mulanya aku takut, iyalah. Siapa yang tak takut bila dengar amaran berlapikkan nasihat itu. Namun, ku didik diriku untuk bersabar dan berkata..

"Mun, mereka seperti engkau, tidak mengerti apa-apa...mereka seperti engkau, mahu mempelajari sesuatu, mereka seperti engkau dibebani dugaan yang sama"....

Majlis Jamuan Hari Raya, majlis pertama bersama mereka

               Dan aku teruskan tersenyum kerana aku pasti mereka akan rebah bila aku marah. Mereka akan kecewa bila aku berputus asa. Kerana mereka seperti aku. Inginkan pengetahuan. Dan mereka perlukan pengalaman seperti aku.

Gila seperti aku..

               Di sini aku banyak belajar. Sesuatu yang tak mungkin aku dapat di tempat lain..



Dari mereka aku belajar erti ukhuwafillah..


Dari mereka aku belajar erti jodoh....
kerana ALLAH yang mempertemukan kita


Dari dia aku belajar erti setia kawan....



Di sini aku belajar erti pemimpin



Di sini juga aku diajar erti berani namun tetap rendah diri...

Dan paling bermakna...



Dari mereka aku belajar erti kasih sayang kerana ALLAH...
kerana mereka bukan hanya  AJK, tapi mereka juga adalah saudaraku..


             Kini, buku itu bertukar pemilik. Beban itu berpindah bahu. Seeloknya ku katakan ia sebagai tanggungjawab.. Iya...Tanggungjawab itu bertukar bahu. Ku harap, mereka yang ku amanahkan takkan goyah. Aku percaya mereka mampu. Aku percaya mereka dapat lakukan yang lebih baik dariku. Kerana itu pilihan ALLAH. Bukan pilihanku semata-mata. Kun fayakun. 

               Kini buku itu bukan lagi milikku. Semoga catatan bahagian aku itu merupakan catatan yang baik-baik sahaja untuk kujadikan bekalanku di akhirat kelak.Wallahualam.





2 comments:

Unknown said...

cantek sume gambar diatas..huhu
xpe,sem 8 nnti s/u smule...haha

kuaci bulat said...

ehe...xpela....bagi kat orang lain jer la...=)