Thursday, November 18, 2010

Proposal Kawen







Sekarang nih, klo nak wat pape program jer msti kne kertas kerja....
klo x, kmfm xley buat....
nsb bek kawen xpelu krtas keje...
klo x, jenuh r nk buat krtas keje..
.mcm mne ea nk wat krtas kje kawen???? 
mcm ni kot...










Kertas Kerja Untuk Mengahwini Anak Pak Cik
Tarikh:Tertakluk kepada Pak Cik
Tempat: Tertakluk Kepada Anak Pak Cik
Anjuran: Kumbang bin Tangkai( Saya)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pendahuluan


Saya telah tertarik dengan Mawar bt Kuntum yang hanya satu-satunya anak Pak Cik. Dan Saya yakin 103% bahawa anak Pak cik juga telah lama menyukai saya kerana kami sekarang sedang bercinta. Anak Pak Cik sangat sayangkan saya dan saya pun sangat menyayangi anak Pak Cik. Melihat keadaan itu, saya telah membuat keputusan untuk mengahwini anak Pak Cik.


Objektif
1. Mengahwini anak Pak Cik


Sasaran
1. Anak Pak Cik


Senarai Jemputan
1. Senarai daripada Pak Cik
2. Senarai daripada anak Pak Cik
3. Senarai daripada saya 
4. Senarai daripda keluarga saya


Tentatif program


1. Merisik anak pak cik
2. Bertunang
3. Akad nikah


(tarikh dan masa akan dibincangkan kemudian)


Perbelanjaan
1. tertakluk kepada seberapa besar majlis yg anak pak cik jalankan


Senarai Ahli Jawatankuasa


Pengantin Lelaki : Kumbang bin Tangkai(saya)
Pengantin Perempuan : Mawar bt Kuntum(anak Pak Cik)
Wali: Kuntum bin Bunga( Pak Cik)
Kadi: Ustz Ali bin Leman
Saksi: terpulang kpd Pak Cik


Ajk Protokol:
1. adik2 saya (memandangkan anak pakcik xde adik-bradik)
2. sepupu-sepapat saya dan anak pak cik 


Ajk Makanan:
1. Terpulang kpd anak Pakcik


Ajk Peralatan dan Tempat:
1. Bujang b. Tunggal (sahabat saya)


Ajk Hadiah:
1. Embun bt Air (sahabat ank pakcik)


Ajk Pubilisiti dan Dokumentasi:
1. Pendek b. Panjang (sahabat saya dan ank pkcik)




Penutup:


Diharap majlis ini dapat mencapai objektif dan sasarannya dan seterusnya menjalani kehidupan yang bahagia hingga akhir hayat. Tapi sebelum itu, saya dengan segala hormatnya ingin mendapatkan kelulusan daripada pihak pak cik. Jika tidak, majlis akan tertangguh dan saya terpaksa membuat surat ini sekali lagi. Kerjasama daripada pihak Pakcik amat saya hargai.






Yang berusaha:
Kumbang b. Tangkai









No comments: